Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 3 March 2012

Kek Untuk Anak Ibu


Hai semua rakan-rakan blogger. Apa khabar? Apa program korang di hujung minggu ni? Emm.. Kami nak buat birthday party kat adam. Tapi sekarang sedang hujan pulak. Hope tengahari nanti reda lah hujan. Nak p air terjun. Itulah plan asal nye. For the first time, saya buatkan birthday boy special kek, homemade from ibu dia sendiri. Hehe.. Kek coklat & Marble cheese brownies. Hope anak ibu suka yer...

Ekceli, birthday dia 5hb, isnin. Tapi, kami celebrate awal 2 hari sebab senang buat time weekend day dan semua orang cuti kan. Nak celebrate next weekend dah cuti sekolah, mesti ramai yang balik kampung. Hehe... awalkan jelah.. Boleh erk camtu? :)


p/s : Anak ibu, semoga kamu menjadi anak yang baik, cerdik dan sentiasa sihat dan dilidungi-NYA selalu. Amin. Ibu & Abah sangat sayangkan Adam. Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami. Love you so much.




Suke pic ni. Time ni dia boleh tido masa shopping kt Tesco. Tahu knp? Sebab dia dah dapat semua brg dia.




Friday, 2 March 2012

Laa.. ingatkan adik tadi..



Kejadian petang semalam.

Sedang seronok aku melepak sambil tengok anak teruna ku bermain gelongsor di taman mainan. Tiba-tiba dengar akak tu cakap sambil memandang aku tapi dia cuba perlahankan suaranya : laa... anak dia ke? ingat adik dia tadi. Hahaha.. Ade aku kisah.

Saya dah terbiasa dengan sindiran begitu. Maklum lah orang yang bertubuh kecil macam saya ini memang orang akan ingat saya study lagi dan ada jugak yang ingat SMK lagi. Haha. melampau tu?? Hehe. Itu yang best because I'm still look young even my age dah nak 27th. Hehe.. Tapi kadang tak best jugak sebabnye orang akan pelik lah. Yelah, dah kahwin dan beranak biasanye kan akan membesor sikit. Hehe. Itu orang lain kot. Kalau saya ni, mahu anak lima baru lah gemok berisi agak nye. Hehe. 

Bukan tak cuba atau tak nak tambahkan berat badan. Tapi dah memang begini keadaan ku. Background family pun bukanlah ada yang berisi mana pun, rata-rata kecik molek cmni gini je. hehe. Uppss. terperasan sudah. Cuma saya akui lah yang saya sekarang agak kurus berbanding dulu masa study means berat makin turun. Ayoyo.. itu yang susah hati tu. Dun know lah why jd cmtu. Banyak pikir kot saya ni. Hehe. Ade ke??

Jadi apa nak kisah kan. Kalau nak ikut kata sindiran orang, kata tanya orang yang macam-macam rupa tu,  makan hati lah kan. So, buat jelah versi ade aku kisah. Hehe.. Terima diri seadanya itu lebih baik. Kerana setiap manusia itu adalah ciptaan-NYA yang mana semua nya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi janganlah suka sangat nak mem bizi kan diri mengata orang kan. Saya tak mengata sesiapa cuma itulah kadang kita ni manusia, kalau tengok itu tak kena.. ini tak kena.. ade je yang nak di kata dan dibanding-bandingkan. Entah lah, dah lumrah kehidupan agaknya.

senyum jer..


p/s : Ramai yang nak kurus tapi kata hati saya kata saya nak gemuk. Huhuk. :(


Wednesday, 29 February 2012

Kejam nye




JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 

sumber : metro

Ke mana hilangnya rasa kasih sayang? Ke mana pergi nya rasa kemanusiaan? 

Kejadian ini berlaku di Johor dimana dua orang pengasuh yang berumur 20-an bertindak kejam dengan membedung ketat kanak-kanak di bawah jagaan mereka dan ada yang ditampal pita pelekat. Sedih dan sungguh rasa nak marah bila terbaca berita begini. Mereka marah kepada majikan tapi yang jadi mangsa kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini. 

Macam ini ke sifat sayang? Ke mana hilangnya rasa kasih itu? Ini amanah ibu bapa kanak-kanak ini yang keluar bekerja untuk dijaga pusat-pusat asuhan tetapi macam ini layanan terhadap anak-anak mereka? Siapa yang tidak marah kalau anak mereka diperlakukan demikian? Dan ini lah yang menjadi salah satu sebab kenapa saya tidak bekerja dan memilih untuk hanya bekerja dari rumah. Kalau bekerja pun, saya lebih memilih untuk anak dijaga ibu saya ataupun kenalan rapat yang sudah tahu hati budi mereka. Kesian anak-anak kecil ini. Sungguh rasa sedih dan marah baca berita ini tadi. Semalam tengok video yang di share kan kt fesbuk. Hari ini keluar paper metro. Kena baca lebih lanjut kat paper metro.


Tuesday, 28 February 2012

Jalan-jalan jer


Nak citer lagi. Nak story lagi. hehe.


Kami singgah lagi ke galeri kraftangan yang ade restoran nasi ulam kat dalam tu. Memang ramai lah orang makan kat situ. Penuh kedai beb. Sampai kami yg hajat awalnya nak try makan situ tak jadi sebab penuh sangat. Orang cakap murah makan sini. Next time lah kami try makan sini pulak. Kami cuma melawat aje lah sekitar nya. Lama tak tengok keychain comel dan kraftangan comel. Hehe..



 Depan pintu masuk




Adam first time dapat keychain yg ada tulis nama dia.. Dia ckp My name is Adam kat kakak yg tulis tu. hehe.



Monday, 27 February 2012

Tak pernah miss singgah kalau ke Kota Bharu



Hai rakan-rakan blogger. Apa khabar? Semalam, kami 1 family saje meronda ke Kota Bharu. Biasa lah hujung bulan, dapat gaji shopping lah. Hehe.. P cari tesco jap kt KB. Hehe. Kami ni bukan lah selalu ke KB. Kalau rasa nak jalan sana, kami p lah. Tapi jarang-jarang lah. 

Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, memang dah jadi kebiasaan kami berhenti singgah makan di satu warung bersebelahan JPJ jalan pasir puteh - kota bahru. Kalau nak tahu, warung nie pernah masuk dlm rancangan TV di astro prima. 'Warung kita' yang di hos kan Farouk Hussein. Sesiapa pernah tgk rancangan tu tahu lah kot. Hehe.. Tapi sebelum masuk TV tu, kami dah pergi dah sini pun. Memang tiap kali g KB, kami akan singgah sini. Sebab ape yer?? Mesti lah ade sebab.. sebabnye sedap lah. ABC nye sedap, Laksam, mi celup, nasi air, nasi sup, semua sedap lah. Dulu, warung ni bukak siang je. Tapi time kami p nie, rupenya dah ke malam bukak nye. Sebab ade menu tambahan baru iaitu pulut ikan bakar.
 
Kami order ABC special dan Laksam special je hari tu sebab pagi lagi kan. Nak tahu ape yg spesel laksam tu, ade telur puyuh dan serunding daging. Huh, memang sedap sengothi lah..hehe.. Jadi sape-sape yg nak try makan kat sini boleh lah. Memang tak rugi pun. Kalau menghala ke Kota Bharu, terjumpe kedai nie. singgah je. Memang meletop habis.. Hehe..
 Jom layan..........

 Nama warung ni : Warung Bukit Jawa
 Tu dia ABC dan Laksam Special. Mengiurkan tak?? hehehe

 Laksam Best




p/s : kami memang suke g kedai yang mana orang cakap sedap, kami akan cuba..Hehe.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute