Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 29 February 2012

Kejam nye




JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 

sumber : metro

Ke mana hilangnya rasa kasih sayang? Ke mana pergi nya rasa kemanusiaan? 

Kejadian ini berlaku di Johor dimana dua orang pengasuh yang berumur 20-an bertindak kejam dengan membedung ketat kanak-kanak di bawah jagaan mereka dan ada yang ditampal pita pelekat. Sedih dan sungguh rasa nak marah bila terbaca berita begini. Mereka marah kepada majikan tapi yang jadi mangsa kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini. 

Macam ini ke sifat sayang? Ke mana hilangnya rasa kasih itu? Ini amanah ibu bapa kanak-kanak ini yang keluar bekerja untuk dijaga pusat-pusat asuhan tetapi macam ini layanan terhadap anak-anak mereka? Siapa yang tidak marah kalau anak mereka diperlakukan demikian? Dan ini lah yang menjadi salah satu sebab kenapa saya tidak bekerja dan memilih untuk hanya bekerja dari rumah. Kalau bekerja pun, saya lebih memilih untuk anak dijaga ibu saya ataupun kenalan rapat yang sudah tahu hati budi mereka. Kesian anak-anak kecil ini. Sungguh rasa sedih dan marah baca berita ini tadi. Semalam tengok video yang di share kan kt fesbuk. Hari ini keluar paper metro. Kena baca lebih lanjut kat paper metro.


0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute