Lovely Followers
Saturday, 13 April 2013
Aku yang saja ingin bercerita
Label:
cite aku
Art&Craft : Mr. Potato&Flower
Bahan ni saya download kat SINI.
Saya hanya suruh Adam lekatkan di kertas manila kad. Sepatutnya kena lekatkan kat roll gelung tisu yang coklat tu kot barulah jadi game roll and build it.. Hehe.. Tapi saya menggunakan apa je yang ada kat rumah ni.
Adam susun dan gam kan semua tu. Macam pelik pulak tengok Mr.Potato tu.
Label:
Adam Homeschool,
art craft,
dia dah sekolah
Friday, 12 April 2013
~Match Number into the Cup~
Susun semua cup bernombor.. nak susun secara rawak pun boleh jugak sebab lagi bagus untuk uji dia samada dah kenal betul-betul atau tak nombor 1-20 tu.
Adam yang tak sabar nak main games ni.
Sedang gigih match bottle cap number tu ke dalam cup yang bernombor sama.
Label:
Adam Homeschool,
dia dah sekolah
~Aktiviti Kemek Botol~
Mula-mula saya keluarkan.. Adam tanya nak buat ape ni ibu, aktiviti ke? Huhu.. yelah..aktiviti mari kemekkan botol. Saya explainlah kat dia nak buat apa dengan segala botol tu semua dan ke mana nanti destinasi botol tu. Wah gitu kan, macam cikgu pulak.. Haha..
Habislah kayu pencanai ibu tu dia guna untuk ketuk itu botol.. Kesian Adam sebab bersungguh benar dia nak cuba kemek kan botol tu dengan sebaik mungkin.
Dah penat pakai tangan, guna kaki pulak. Saya takde pulak suruh dia kemek dengan pijak botol tu, dia sendiri tiba-tiba bangun pijak botol tu sampai kemek. Haha.. Tapi banyak jugalah dia menolongnya tau. Seronok sangat agaknya dia dapat main kemek-kemekkan botol. (^_^)
Berjaya jugak dia setelah mencuba sedaya upaya.
Label:
Adam Homeschool,
cite anak ku,
dia dah sekolah
Thursday, 11 April 2013
Art&Craft : Topeng
Yang rabbit ni saya bantu dia gunting mata. Yelah kena guna pisau kan nak potong tengah tu, karang terluka pulak dia.
Hasil guntingan adam.. Bolehlah.. ada sikit peningkatan. (^_^)
Label:
Adam Homeschool,
art craft,
cite aku,
cite anak ku
Wednesday, 10 April 2013
Adam dan ibu, sama ke?
Foto dulu-dulu..... Masa merangkak dan umur 4 tahun kot tu dengan pakcik sedara saya.
Label:
cite aku
~ Mengidam Chicken Chop~
Destinasi kami ke 'Rumbia Western & Seafood' Kg.Raja, Besut kat area belakang Carltex Kg. Raja. Lepas trafiifc light tepi jalan sebelah kanan. Senang je nak cari kedai ni.
~Black pepper Chicken chop Mak Buyung punya~ (^_^)
~Nasi goreng tomyam Abah Adam punya~
(^_^) senyum jer...
Label:
cite makan,
jalan2
Monday, 8 April 2013
Adam Membaca ~ Buku 7
Label:
Adam Homeschool,
buku,
dia dah sekolah
Gaya rambut Adam masa Baby vs 4 tahun
Label:
cite anak ku
Buku aktiviti yang membantu Adam
Beli 4 buah buku aktiviti dan satu buku aktiviti Iqra'. Buku aktiviti ni sesuai dengan umur 4-6 tahun. Saya tengok isi kandungan pun sesuailah dengan Adam. Mudah nak faham dan aktiviti kat dalam buku ni pun menarik jugak. Dah saya mencari buku aktiviti yang dicari dari hari tu lagi tak ketemu jugak, sudahnya ganti aje dengan yang jenis lain. Pun boleh ajer.. asal mudah untuk anak faham dan buat. Satu tu Rm3.95 je.. Borong jelah poww abah adam, nak banyak lagi tapi cam over ler pulak kan. Hihik. Next time... (^_^)
Ini pengukuhan untuk sukukata terbuka. Yang perkataan macam ni, adam dah semakin lancar dah nak faham sebut dan baca. Alhamdulillah... walau kadang-kadang suka mengeja jugak, takpelah.. nanti bila dah lama-lama dah biasa nanti kuranglah mengejanya tu.
Yang ni untuk sukukata tertutup.. Bila dia dah buat homework dalam buku ni kan, barulah dia boleh faham nak gabung bunyi akhiran tu. Memang membantu betul.. Cara dia eja gabung pun dah semakin baik sikit.
Menarik kan? Adam pun suka buat bahagian ni. Dia excited nak tahu bila cari sukukata dan kaler jadi bentuk apa. Sambil kaler, sambil sebut apa yang dia kaler dan barulah dia faham nak sebut bacanya.
Label:
Adam Homeschool,
buku,
dia dah sekolah
Sunday, 7 April 2013
Dalam banyak-banyak............
Tak tahulah apa ke namanya ni. Kalau saya panggil benda ni orang payung terjun. Hihik.. Beli dua, RM2. memang lawak Adam nih.. Dalam banyak-banyak ini yang dia nak. Haha... Agaknya dia dah tak tahu nak apa sebab dah banyak mainan kat rumah kot.
Awal-awal ni memang duk main jelah.. nanti dah bosan entah ke mana dicampaknya benda tu.
Ini cara-cara main yer.. Dia siap ajar saya lagi. Dah ada dua, "Satu untuk ibu, satu untuk Adam", katanya kan..
Melayan si anak bermain buat hati jadi tenang. Melihat si anak tersenyum gembira buat hati jadi riang. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-MU dan amanah-MU ini kepada kami.
Buatmu anak ibu, kamu tetap hebat di mata ibu, kamulah yang terbaik di hati ibu. Semoga kamu membesar menjadi insan berguna yang membanggakan kami.
Ibu dan abah sayang kamu!!
Label:
cite anak ku