Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 17 September 2015

Disengat tebuan


Setiap petang memang menjadi rutin anak anak main kat playground. tapi malang tidak berbau. Playground pun ada bahayanya juga. Sebelum ni.. kat playground tu juga adam kena luka besar kat bawah lutut dan dijahit 10 jahitan. Sebulan juga dia tak turun main di playground. 

Dua hari lepas pula, dia disengat tebuan yang pada awalnya saya ingatkan hanya lebah. Panik.... saya tak intai apa yang sengat dia. Saya percaya la dia duk cakap lebah. Berlari saya bawa dia balik rumah dan terus sapu madu. Satu disengat di atas batang hidung antara mata kita tu dan satu lagi di betis. 2 Ekor tau.. saya telefon teruslah abahnya bawa adam pergi klinik. Panik sangat masa tu.... memang duk ingat lebah la yang sengatnya.

Pagi esoknya baru la abah adam pergi check kat kerusi adam duduk tu.. terkejut la bila tengok rupanya tebuan buat sarang bawah tu. Haa mana budak nak perasan kan.. adam pergi duduk je dan mungkin kerusi tu bergegar, itu yang si tebuan tu marah dan datang sengat tu. 


Kasihan anakku... hari kedua baru nampak muka dia bengkak.. aduh..lagila risau. Kat betis tu ok je, takde bengkak..alhamdulillah.. cuma di muka sahaja. Hari ni hari ketiga, bawa gi checkup lagi..doktor bagi antibiotik pula selain dari ubat demam dan ubat alergik. Semoga cepat sembuh anakku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute