Setiap malam lepas je siap mandi, adam dah sibuk mengajak saya, "Jom lah ibu kite buat aktibiti", versi adam sebut aktiviti yang sedikit pelat.. Hihik.. Agaknya adam seronok dengan aktiviti-aktiviti belajar sambil bermain camtu. Betul lah.....baru saya percaya yang berkesan rupanya kalau buat begitu dimana boleh menimbulkan minat untuk anak suka belajar. Walaupun keadaan diri ni yang terkadang penat, tetapi saya turutkan juga. Cuma risau macamanalah nanti saya dalam pantang dan ada baby kecik, saya kena lebih pandai mengurus masa lah nampaknya.
Proses mengajar adam membaca dah pun di buku 3, walaupun agak perlahan dia membaca ayat-ayat pendek tetapi itu normal bagi budak 4 tahun yang baru je nak belajar membaca. Inshaa Allah, saya akan berusaha gigih lagi dan selalu ingatkan diri saya supaya tak terlalu 'push' dia sangat untuk menjadi cepat pandai membaca. Seronok dengan perkembangan dia dan ternyata kaedah fonik lebih mudah difahami dan diikuti kanak-kanak. Iqra' pula adam belajar di sekolah, juga menunjukkan perkembangan yang positif bila dia dah boleh membaca dan menulis alif ba ta. Alhamdulillah............ keputusan untuk hantar dia bersekolah awal menunjukkan satu perkembangan yang baik dan dia sekarang pun dah happy ke sekolah. Tiada lagi drama dan rajuk di pagi hari..
Jom kira..... Kalau dulu adam memang kiranya tak betul dan bertukar-tukar aje bila baca 123, tapi sekarang alhamdulillah dah semakin baik cara dia mengira.
Saya download dan print tool ni kat SINI. Kemudian saya gunting dan gam kan nombor-nombor tu di penutup botol air mineral.. Hihik.. Menggunakan apa saja barangan yang boleh di 'recycle' kat rumah. :)
Kelebihan aktiviti begini ialah dapat membantu anak untuk mengecam dan mengenal huruf serta nombor. Saya seronok dan si kecik saya ni pun lagilah seronok. Walaupun adam kadangnya aktif melompat sana-sini dan ada juga ragamnya, saya kena sabar jelah cuma yang dapat saya lihat sekarang ni kan, dia dah kurang meragam yang buat hilang sabar berbanding dulu dan perangai pun dah matang sikit. Takdelah dia kena marah dengan abah dia sangat sekarang ni. haha.. kalau dulu kan asyik kena marah je sebab dia suka meragam. Tunggu pulak macamana ragamnya bila adik dia keluar nanti.. Hihik... Nervous juga saya sebenarnya.. Doakanlah yang baik-baik untuk saya dan kami sekeluarga yer. :)
2 Komen Cerita Hati:
haha.. mmg semangat ni siap ajak ibu balik buat aktiviti.. saya kongsikan blog ni bg amir tgk semalam.. dia pun terjua hahaha.... siap suruh sy buat mcm tu... bdk² ni kalau ada aktiviti barulah semangatkan..
@Masya trylah nt ngan amir..mesti dia suka buat xtvt cmni
Post a Comment