Buatkan orang petak dan gunting pada hujung seperti rambut.lekatkan pada batang aiskrim.
Dhia gunting rambut orang-orang itu. Praktis menggunting dan berlakon macam ada salon. :)
2) cutting practise box
Dhia suka menggunting, maka ibu sediakan satu box pelbagai versi untuk dia praktis menggunting. Nanti ibu boleh tukar letak straw, kotak atau apa saja bahan yang ibu rasa sesuai. Tupperware brand kedai dua ringgit je..
3) button skill practise
Ibu guna paper foam buatkan ini.
Nampaknya dhia kena lebih banyak buat aktiviti butang ni sebab dia masih kekok. :)
4) tissue roll
Dua bahan je guna dah boleh jadi aktiviti anak. Tissue roll dan pipe cleaner. Tebuk lubang dengan punch hole. Selain pipe cleaner, boleh guna straw atau lidi atau pensel.
5) matching stick games
Ibu lukis gambar pada kertas. Lidi berwarna warni. Anak main dengan ikut gambar menggunankan lidi tu.
6) aplhabet and number spider web
Pinggan kertas dan tali.
Tebuk lubang di keliling dan gunting bahagian tengahnya. Guna tali yang sesuai untuk anak main masukkan dalam lubang tu dan buat ikut turutan.
Selain daripada pelbagai aktiviti guna diy bbm, aktiviti menjemur baju pun salah satu aktiviti mudah untuk kemahiran motor halus dengan sepit tu.. Di samping belajar kemahiran hidup. :)
Alhamdulillah. Bila banyak buatkan aktiviti motor halus, dhia sudah boleh menggunting ikut garisan dengan baik. Ibu lukiskan sebuah rumah pada kertas dan minta dia gunting tanpa bantuan ibu.
Nampak la rupa rumah kan selepas digunting..
0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment