Proses mengajar anak membaca bukanlah sesuatu yang mudah dan disebabkan itulah kite harus menjadi lebih kreatif dan sabar. Sabar tu memang paling penting.
Abm ni juga boleh digunakan untuk ajar english juga. Yang saya buat ni untuk bahasa melayu.
1) abm untuk sukukata kvk. Ini untuk bacalah anakku buku 6. Menggunakan kertas sahaja dan botol. Caranya pusingkan sahaja kertas suku kata itu untuk menjadi ban pan san dan lain-lainnya.
2) poket doraemon suku kata. Ini untuk dua huruf. Suku kata kv. Ba bi bu na ni nu.
3) Puzzle magnet.
Abm ni kesukaan anak-anak. Saya guna tin biskut je. :)
4) Tic toe tac games. Ambil kad lidi dalam sampul.kemudian cuba baca dan tanda pada kertas tu.
5) Padanan poket bergambar.
Cari dan sebut perkataan kemudian masukkan pada poket gambar. Ringkas tapi menyeronokkan.
6) Ni untuk sight word games b.i.
Boleh juga ye guna ni untuk baca dan eja perkataan b.m.
Whiteboard dan tutup botol huruf.
Anak-anak ni tak sama rentak caranya. Ada yang jenis ok je hadap buku dan ada yang jenis kena selitkan juga permainan bahasa. Itulah cabaran untuk kita tetapi bila tengok anak dah boleh membaca, itulah hadiahnya untuk kita. Kan? semoga dipermudahkan semua urusan kita dalam memastikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
1 Komen Cerita Hati:
Post a Comment