Setiap orang pasti ada citer yang dia suka sangat tengok dan tak pernah rasa jemu tengok walau dah berkali-kali tengok. Termasuk lah aku jugak yang ada beberapa citer yang aku memang suka tengok. Mungkin citer nya bagus atau ada pelakon yang diminati dalam movie tu kan. :)
CJ7.. tengok hari Isnin lepas kat Tv3. Bila lama tak tengok, rasa syok pulak layan citer ni. Entah lah kenapa tak pernah jemu tengok movie ni. Cj7 adalah dari bola hijau yang dijumpai ayah Dicky di tempat pengumpulan sampah. Aku suka tentang kasih sayang ayah pada anaknya tu, walau hidup susah tapi tetap punya keinginan untuk berikan pelajaran yang terbaik untuk anaknya. Citer yang ada rasa sedih, happy dan kelakar.
Titanic.. semua orang suka kan movie ni. Tengoklah berapa kali pun mesti takkan jemu punya. Termasuklah aku. Kisah cinta yang sungguh best. 'U jump I jump' gitu. Hahaha. Dan yang paling best tengok kapal tu. Rasa macam nak jugak bercuti atas kapal macam tu. Kalau tengok movie ni aku pasti akan berangan sama. :)
The Chronicles of Narnia dan Lord of the Rings.
Sebenarnya banyak lagi.. Kalau citer hindustan, antara yang aku suka tengok mestilah Kuch Kuch Ho Tai.. Hari tu masa tayang kat Tv2 tu, Adam siap nyanyi lagi lagu tu. Hahaha..
Kalau movie melayu, antara movie yang tak pernah jemu atau buat aku bosan ialah
Kuliah Cinta.. Mengingatkan aku pada zaman kampus. :)
p/s : Sorry agak merapukah entriku kali ni?? Hahaha.. Tak kisahlah. Saje nak citer apa yang aku suka. :)
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.
1 Komen Cerita Hati:
hehehe...sume tuh ske jezz cj tuh lebih suke tengok ngan anak buah jer...hehehe...more preefer kung fu husle...hehehe...
Post a Comment