Untuk pertama kalinya, Adam ikut abahnya solat Jumaat di masjid. Sebenarnya sebelum ni, banyak kali juga dia mintak nak ikut. Akhirnya hari ni dapat jugak Adam ikut abahnya ke masjid. Abahnya kata dia duduk diam je sebelah abah dia dan ikutlah jugak orang solat. Kalau duduk diam tepi abah nanti lainkali boleh lah bawak dia ke masjid lagi.
Mula-mula nak keluar rumah tu, dia ajak aku sekali pergi. Hahaha. Terpaksalah aku explain kat dia pulak kenapa ibu dia tak boleh ikut sekali dan barulah dia angguk tanda faham. Dah jadi kebiasaan kalau keluar mesti ibu ada sekali kan. Itu yang buat dia tanya kenapa ibu tak ikut sekali. :)
Sedang tertanya-tanya & pujuk Ibu untuk ikut sama. :)
Bila dah di explain, baru dia jalan.
Snap dari beranda rumah. Tak pandang pun, mungkin tengah bertanya itu ini kat abah dia agaknya. :)
0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment