skip to main |
skip to sidebar
Selamat bercuti aku ucapkan kat kamu kamu semua yang bercuti hari ni sempena hari pekerja. Emmm tapi abah Adam still bekerja jugak hari ni maklum ler orang yang keje shift jarang dapat bercuti seperti orang yang keje office hour. Takpelah kan abah adam..chayokk!! caahyook!! Untuk Negara. :)
Jadi, aku & Adam lepak kat rumah jelah hari ni. Mengadap PC ni sambil adam pulak tengok Disney channel @ astro sementara free kan. Haha.. Nextweek dah takde, entahlah nak bagi reason apa kat dia. Aku cuma plan nak tambah pakej mustika aje sebab nak tengok super spontan punya pasal. Hahaha..
Korang masak ape hari ni? Cuti 2 ni mesti ramai yang rajin ke dapur kan. Jom layan kerabu kerang yang tertangguh nak update nih.
Nak resepi? Hahaha.. Senang je pun menu ni. Gaul dan campak2 aje.. Yang penting ade kerang, taugeh, kerisik sikit, sedikit jus air asam jawa,garam & perasa, hirisan cili padi & bawang. Nak lagi sedap tambah perahan asam limau. Adam pun makan tau. Ingat dia tak suka tapi duk ratah kerang jelah banyak nyer.
0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment