
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
* Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan h ila ng dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
* Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
* Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangk ita n paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
* Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan. Baca selanjutnya di sini : Sumber.
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment