Games : Uji minda si cilik saya. Dia cuba suaipadankan gambar yang dilihatnya dengan perkataan yang betul. Saya minta dia tengok gambar sambil baca perkataan mana yang sepatutnya untuk gambar tersebut baru gariskan.
Mukanya nampak seronok sangat buat games ni. Sambil buat sambil belajar baca perkataan.
Hasilnya~~ Ada satu kesilapan atau kekeliruan, nak garis ke satu tapi dia tergaris ke tali.. Hehe.. Siap cakap lagi, "maaf ibu". :)
Itu jelah antara cara yang saya buat setakat ini untuk tarik minat dia. Walaupun lambat tapi percayalah yang tanpa kita sedar setiap usaha kita tu akan berhasil jua kelaknya. Saya tidaklah mengambil masa yang lama setiap kali ajar dia, cukuplah lebih kurang 5 minit tapi kadang-kadang tu adam sendiri yang minta lebihkan masa dan saya akan stop bila dia kata, "nanti sambung lagi ye ibu". Semoga segala usaha saya ni akan membuahkan hasil yang sweet untuk saya bilamana dapat tengok adam lancar membaca satu hari nanti. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.. Oh ya, adam kadangnya suka juga mengeja-eja sesetengah perkataan yang dia rasa susah tapi saya biarkan jelah kerana mungkin itu yang dia selesa sekarang ni. Bila dia mengeja jadi comel lak bunyinya, contohnya, ceh...uuu ( cu ) ceh.. iii.. (ci) bila kawan jadilah cuci.. Itulah cara dia sebut bila mengeja.. Hihik.. Tak semua anak-anak boleh ikut hanya dengan satu kaedah je kan, kadang tu perlu juga tengok tahap mana kemampuan dia.
5 Komen Cerita Hati:
Adam mkin pndai:-)
oo ayu guna kaedah fonetik ek...
saya baru nak beli buku tu & nak study camne.. nak bg saya sendiri paham dulu.. pastu leh ajar alisha... :)
InshaAllah adam jadi anak yg bijak & cerdik. ibu dia pun rajin. :)
sy suka cara ayu ni..
x salah ayu share kat sini..blh membantu ibu2 lain.. dgn cara ayu ni..
lya pon nk cuba cara ayu ni..
mmg, asya pon suka belajar smbil bmain..bru x bsan kan..
biarlah org nak cakap apa pun.. yg penting ini adalah usaha ktkan.. nnt adam dah pandai baca mesti dia teruja bkk blog tau.. tgk apa ibu dia tulis...
kalau ada suai kenal aktiviti ni mmg plglah anak sy suka..
Post a Comment