Berkesempatan jugak aku nak kenalkan dia ngan permainan zaman aku budak2 dulu. Ajar dia sekali je cara susun tin tu, terus dia ikut dan baling bola. Cuma takde geng lah nak main kejar2 dan cuba susun tin tu balik sebelum dicekup musuh kan. Tak cukup geng, jadi adam main macam bowling lah pulak jadik nye.. Hoho... Ape-ape jelah kan.
Dulu inilah yang best ibu main tau budak adam. Ini lah game ibu ngan kawan2 ibu selalu main waktu petang masa jadi kanak-kanak riang satu ketika dulu. Sekarang kamu kena lah kenal jugak ini game walau dah macam2 game canggih ade. Jangan duk ingat nak main game zombie je yer budak adam!!
Korang ingat lagi tak game nih?? Jom main bola tin ngan adam!!
1,2,3 baling!!!
Dah berkecai dah. Lari!!!
Nota : Permainan tuju tin/bola tin ini mudah dimainkan dan menjimatkan. Tin susu disusun seperti piramid yang tinggi di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya.
1 Komen Cerita Hati:
kakain pun pernah main mainan ni masa dulu2 mmg seronok...rasa nk blk jer zaman tu semula...
Post a Comment