Dulu.... Saya penakut bab nak memandu kereta. Saya hanya pandai menunggang motosikal je. Memang takut sungguh. Entah bagaimana datang keberanian... Mungkin bila tiba masa saya jadi berani lawan takut... Tu saya cuba.. Dengan dorongan suami juga. Suami ajar saya macamana nak pandu kereta. Hampir sebulan juga la dia ajar bila ada masa lapang. Lepas tu baru saya daftar di institut memandu.
Step pertama. Kena hadir kelas kpp01. Dengar ceramah. Selepas itu perlu booking date untuk exam berkomputer untuk dapatkan L. Alhamdulillah. 27/6/2020 saya hadir exam dan lulus dengan markah 49/50. Salah satu soalan sahaja sebab terkeliru. 😅
Saya mula belajar sebulan selepas itu. Maklumlah.. Student yang tertangguh sebab pkp masih ramai. Jadi kena tunggu turn.
Saya belajar dengan Cikgu Lelaki.. Cikgu husin. Mudah sungguh dengan beliau dan tak pernah menjerit marah. Memang jadi nak belajar pun tak stress. Mudah nak faham. Hampir sebulan juga belajar. Saya dapat datang pun tiga ke keempat kali dalam seminggu. Ada masa satu jam belajar ada masa tu dapat dua jam. Bila dah cukup masa kita belajar.. Terus la masuk slot untuk test JPJ yang sungguh menggerunkan kata orang. 😊
19/8/2020
Hari ujian test JPJ saya. Hampir 33 orang calon diuji masa ni. Saya dapat giliran ke-5.
Sesi 1 saya melalui ujian litar. S, Z, bukit, parkir sisi dan tiga penjuru. Di bukit hampir juga nak terkandas.. Tapi mujurlah saya dapat kawal semula klac dan minyak dan kereta tak mengundur sebaliknya sedikit mengaum bila nak bergerak turun bukit. Hahahha. Tak kisahlah.. Janji ke depan bukan undur ke belakang. Alhamdulillah. Lulus bab bukit yang sering menakutkan ramai calon tu.
Saya dapat kereta hari test tu, kereta klac tinggi sungguh. Mujurlah duk kawal dengan minyak juga sikit. Dan tiada kejadian mati enjin. Betapa nak selesa dengan sesebuah kereta masa ujian tu.. Memang kena pandai pandai kita la nak kawal. Masa di tiga penjuru tu paling mendebarkan. Takut mati enjin oii. Alhamdulillah. Semua ujian di litar saya LULUS.
Sesi 2 ujian jalanraya.
Perkara pertama korang kena buat ialah.. Beri salam kat pegawai JPJ tu. Jangan main masuk je.. Tak sopan jadinya pula.
Lepas tu, adjust apa yang patut. Paling utama, pakai seatbelt dan kalau pegawai JPJ sebelah tak pakai, boleh je minta beliau pakai. Kadang pegawai penguji ni nak tengok kita juga tau alert ke tak.
Saya dapat laluan C. Kena lalui dua kali roundabout. Jalan kanan ke kanan dan kanan. Pegawai penguji sebelah saya hari tu sangatlah rajin ajak bersembang. Muka serius tau. Tapi saya layan je dia sembang.. Janji kita kena fokus depan.. Tengok cermin sisi cermin belakang selalu. Jangan ambil jalan orang. Pandu je dengan berhati hati. Saya bawa dalam 50-60km/j je. Hahahaha. Biarlah pelan pun. Janji patuh lalu lintas. Signal semua mesti kena beri. Alhamdulillah. Saya LULUS.
Sungguh tak sangka saya berjaya juga ada lesen. D manual. Ambil manual boleh bawa auto juga. Kalau kita ambil lesen auto.. Hanya boleh bawa auto je. Manual ni tak la susah mana. Pergi kelas tu nanti pandailah. Saya dari tak pandai dan takut. Alhamdulillah. Lega berjaya atasi takut tu.
Terima kasih suami beri modal buat lesen dan tak merungut hantar ambil tiap kali ke kelas memandu. Tanpa dorongan dia.. Cabaran dia.. Rasanya saya sampai sudah takkan pandai memandu kereta.
Sebenarnya rasa bangga kat diri sendiri juga sebab berjaya cabar diri sendiri. Alhamdulillah.
0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment