2) Button up foam stick
bahan yang murah dan mudah nak buat. Paper foam beli kat mr.diy satu paket RM3.30 dan ada 10 warna. Butang tu RM2 banyak keping dalam satu pek.
Lukis dulu template stick tu pada kertas dan baru tekap pada foam. Gunting cantik-cantik. Kemudian jahitlah butang pada hujungnya. Lepas tu buat hirisan pada hujung lagi satu sebagai lubangnya. Untuk lebih tahan lama dan elakkan lubang tu dari terkoyak, you all boleh tampalkan masking tape pada bahagian bawah sebelum buat sedikit hirisan tu.
Aktiviti ni bagus untuk kemahiran motor halus anak.
3) Lacing activity
diy lacing mat tu dari paper foam juga. Bahan pun yang mudah dan senang nak buat. Salotape tu diguna untuk salotape pencungkil gigi. Kalau you all rasa panjang sangat pencungkil gigi tu, silalah potong dua ye untuk lebih cun.
4) matching color games.
paper foam, tutup botol terpakai, kertas keras dan double side tape.
Itu sahaja bahannya. Saya hanya buat bentuk bulat untuk 10 warna tu dan tampal pada kertas keras. Tampal juga foam berwarna pada tutup botol dan saya guna bahagian dalamnya.
Haa tu budak kecik ni tengah belajar.. main tapi belajar. Belajar tapi main.. hihi. Setakat ni boleh cam warna merah, kuning, biru dan hijau bila saya minta dia tunjukkan. Warna yang lain kena praktis lagi dan belajar lagi.
5) Tiru macam saya. Bentuk dan suaipadankan.
Tak tahu nak letak nama apa aktiviti ni. Tiru macam saya pun bolehlah ye. Aktiviti ni boleh buat anak fikir macamana nak tiru bentuk macam atasnya tu. Kena main cantum dan letak.
Hanya buat bentuk dan lekatkan pada kertas. Gunting bentuk yang nak dibuat tu pada foam dengan setiapnya dua keping. Satu dilekatkan pada kertas dan satu lagi untuk padanannya nanti.
Dhia cuba buat.. ajar sekali dia dah faham cara buat aktiviti ni. Alhamdulillah.
abang adam pun memang nak buat juga lah kan...macam biasalah dia tu benda baru buat kat adik, dia pun nak juga.
siap dah dhia buat. Alhamdulillah.
Saya simpan dalam sheet protector je.. hihi. Lepas tu letak ring dan gantung.
1 Komen Cerita Hati:
Post a Comment