Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 19 August 2015

Belajar membaca dengan bermain parkir kereta


Belajar sambil bermain adalah salah satu cara untuk menarik minat anak untuk belajar . Bila tengok adam dan adiknya dhia duk main kereta kereta kecil mereka tu.. terus terfikir untuk buatkan satu aktiviti bermain yang lebih bagus. Selain daripada main kereta tu, boleh juga belajar mengeja dan membaca sekali. Idea masa duk google ni pun lama dah duk peram. Hari ni baru boleh buat. Alhamdulillah.

 Jimat sangat tau nak buat ni.. nak buatkan permainan menarik sendiri ni kena banyak sabar sikitlah ye. Tapi saya suka... anak anak jadi lebih menghargai apa bahan yang saya buat tu. Lepas main, diorang akan simpan semula kat atas rak. Saya cadangkan lebih elok kalau guna manila kad atau kertas mahjung.. ini saya guna kertas minyak tu..dah itu je ada kat rumah sebab malas nak gi kedai. Pun boleh jelah kan.. perkataan tu saya buat atas kertas A4, gunting dan lekatkan dengan salotape atas setiap kereta comel tu.

 Nampak tak betapa seronok adam main.. sambil main sambil belajar. Eja dan baca.
Inilah hasilnya.. macam cantik je tengok. :)
Perkataan ni saya ambil dari buku 2&3 siri buku bacalah anakku. 

Buat ini awal awal, nanti boleh dhia guna. In shaa allah.. tahun depan akan mula ajar dhia belajar membaca. Sekarang ni saya ada ajar anak kawan yang umurnya 5 tahun.. Itu yang buat aktiviti begini.. 
 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute