Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 13 August 2015

Aktiviti b. Inggeris : spelling and build a word


Sukarnya nak bagi anak suka subjek inggeris ni. Saya ni bukanlah pandai sangat subjek ni.. ikutkan zaman sekolah dulu kan, subjek ni la saya duk suka tidur dalam kelas.. itu yang saya nak anak-anak saya untuk suka subjek inggeris ni. 

Bahasa yang banyak guna kat rumah kan cakap melayu.. lagilah kena work hard untuk anak suka speaking dan faham b.inggeris. 

 Alphabet clothespins tu baru diy jadi cun sikit dari sebelum ni. Buat Huruf atas kertas kaler berwarna supaya mudah anak nampak hurufnya. Flash card bergambar. Eja dan match kan huruf tu. Bila ada gambar tu mudahlah sikit dia nak faham. Ooh box tu kotak maksudnya. :)

 idea ni dah lama simpan. Cedok idea dari gugel lah. Buat macam buku, tulis huruf. Yang ini untuk spell and build a word. Contoh kita sebut hid dan minta anak eja dan bina word tu.


Amboi.. tunjuk best lagi dia ye. Hihi. 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute