Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 30 June 2015

Contoh bahan bantu mengajar untuk anak belajar matematik


Saya suka diy bahan bantu belajar untuk Adam dan Dhia.. Memang sangat membantu anak untuk lebih cepat faham. Adam akan masuk darjah 1 pada tahun hadapan, saya harap dia boleh belajar dengan baik nanti memandangkan sistem sekolah sekarang sangat berbeza dan murid-murid perlu biasakan diri untuk mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi tu. 

Saya mula belikan buku latihan tahun 1 untuk Adam selepas saya terbaca satu post tentang ibu yang dah belikan buku tu untuk anaknya yang 6 tahun. Saya duk ingat selama ni takut bebankan anak.. Hihi.. memang tak pernah belek lah buku latihan tahun 1.. selalu belikan buku umur 6 tahun jer. :)

 Saya belikan 3 buah buku untuk 3 subjek je dulu. Yang harga Rm2.90 jer.. :)
Alhamdulillah.. Adam buat dengan baik dan boleh faham apa kehendak soalan dalam buku tu.

Kat bawah ni antara beberapa bahan bantu belajar untuk si Adam.

 Saya buatkan ini untuk belajar bundar dalam nombor yang kecil iaitu kepada puluh terdekat. Tapi nampak macam susah dia nak faham... kena simpan dulu yang ni.. jadi saya buatkan yang lain pula..
v
v
v
Guna kaedah garis nombor untuk mudah dia faham. 
(TQ kepada seorang kawan yang berikan idea ni..)

 Soalan tambah dan tolak dalam bentuk lazim juga saya kenalkan kepada Adam. Mulanya dia tak berapa boleh buat juga tetapi bila selalu praktis, dia dah faham dah.
 "mula-mula, tolak sebelah kanan dulu, tulis jawapan selari bawahnya dan baru tolak sebelah kiri pula", untuk soalan tolak nombor yang besar

Kalau untuk nombor 17-9 tu dan nombor yang kecil, saya bagi dia guna manik mengira yang saya buat tu je. :)

Ini pun garis nombor juga. Guna blok nombor dan ikut macam soalan..kira dan susun dulu nombor. nanti akan dapatlah jawapan.. jawapannya 45. 
Mudah sikitkan anak nak faham dan jelas.  :)

Clothes pin number (nombor penyepit baju)
Salah satu cara untuk ajar tambah dan tolak. 

Semoga bermanfaat ye!! Idea ni pun banyak saya dapat inspirasi daripada web homescholer mom yang lain jugak.

3 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

rajin betul ayu siap buatkan bahan pembelajaran sendiri..untng afdam Mudah nak faham la kan bila semua dah depan mata..Aiman Sekarang sy cuma belikan buku latihan je..kebetulan buku latihan keluaran yg sama sy baru belikan Aiman kelmarin..tp dajah dua punya la

Fazidawani said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AnDAikaN SAja............ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute