Nampak tak bahan apa tu? cukup mudah kan dan murah. Bahan kat dapur kita tu pun boleh dijadikan bahan bantuan ajar anak tau. Tu diaa... lambakan tupperware murah saya bagi Dhia main..tupperware camni je banyak kat rumah saya.. hihi..
aktiviti ini bagus untuk merangsang perkembangan otak anak, melatih gerak jari jemari atau lebih dikenali sebagai salah satu aktiviti fine motor skill ler kan. Bukak tutup dan padankan penutup dengan bekas yang sepatutnya.. haaa kan mencabar sikit anak tu.. Jimat pun jimat.. :)
Aktiviti Kedua : Mari bermain sticker
Pun bahan yang jimat... saya beli kat kedai buku, Bagi Dhia sekeping sticker ni dan kertas A4 sekeping. nampak muka Dhia tu yang sungguh seronok main bukak tampal..
Tak cukup kertas.. meja ditampalnya.. Dia buat sendiri tau ni.. abangnya kat belakang tu ajar jer tapi duk geram nak buat jugak.. :)
Kat depan tivi pun dia nak buat jugak.. Selagi dia suka, layankan ajer.. Ini pun bagus untuk melatih pergerakan jari jemari anak tu.
Aktiviti ketiga : Mari masukkan kertas ke dalam botol
Entah apa-apa nama aktiviti saya letak.. ghasak jelah asalkan motifnya sama.. melatih fine motor skill anak. Bahannya pun mudah jer.... cebisan kertas + botol kosong air mineral.
Aktiviti keempat : Transfer activity
bahannya pun senang je. Saya guna jelly + penyepit + muffin tray
Dhia agak kekok nak pegang penyepit tu. Biasalah kali pertama diberi kebebasan main penyepit kuih ibu kan.. :)
Aktiviti kelima : Susun dan atur
Pun saya menggunakan bahan yang memang senang didapati kat rumah dan murah.. gelas plastik ni balance birthday Dhia hari tu. saya guna pakai lah untuk aktiviti ni..
5 Komen Cerita Hati:
amboi dah besar dah dhia.lama tak tgok..ayu kena rajin update la,baru boleh serap aura rajin ayu buat aktiviti homeschoolong kt afia.hehe
wahh bestnya ayu ... dhia pun jenis tekun jer main... sambil belajar sambil main...
waa..bagusnya..
untungnya jd suri rumah.blh jd sepenuhnya cikgu utk anak2.. untungnya dhiya.. ada mama y blh mjadi guru terbaik..klo la masa blh diputar..nk apply xtvt ni utk asya jugak
Menarik dan bagi idea untuk saya buat aktiviti homeschooling anak saya.
Best kan rasa kita ajar anak kita sendiri.
semua didepan mata kita kan.
Post a Comment