skip to main |
skip to sidebar
Ok.. Lagi entri pasal makanan.. Beginilah jadinya bila vitamin R datang singgah.. Sila jangan jemu pulak erk..
Saya ni bab masak lauk pauk memang suka yang simple ajer.. yang jenis masaknya main campak-campak je bahannya tu lagilah saya suka..hahak... Lagi nak mudah kerja, berlaukkan ikan rebus + budu pun dah memadai.. Encik hubby lagi suka makan kot.. kejam kan bini dia bagi makan lauk camtu jer..haha.. tapi itu yang dia lagi suka sebenarnya. Alhamdulillah dapat encik hubby yang bukan cerewet bab makan ni. Masak jelah apepun dia makan jer.. singgang ikang hari-hari pun takpe asalkan ade budu atau belacan.. (^_^)
Kalau saya masak lauk jenis lemak bersantan ni.. emm kurang sikit dia makan. Tu yang saya lebih suka masak menu yang simple aje. Adam jelah suka lauk jenis gulai, kari, sup dan lemak cili padi.. Selera dia lebih kurang saya.. Anak ibu kan si adam tu..haha..
Lunch hari ni masak simple jugak. Resepi dari buku masakan femes iaitu 1 hari 1 resepi chef Hanieliza.. Sebenarnya buku saya pinjam dari library semalam. Belum ada yang sudi hadiahkan lagi.. Haha.. (Mintak-mintaklah encik hubby baca nih..kiki)
Ikan masak masam manis.. sangatlah simple.. memasak itu mudah dan menyeronokkan.. Itulah yang saya cari.. Hahaha.. (^_^)
Resepi : Ikan Masak masam Manis
sumber : Buku 1 hari 1 resepi chef Hanieliza
2 ekor ikan kerisi - saya pakai ikan kembong jer
sedikit garam dan serbuk kunyit
** goreng hingga garing dan ketepikan
Bahan sos :
5 bj bwg merah - hiris
3 ulas bwg putih - hiris
1/2 inci halis - hiris
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 biji cili merah - hiris nipis
1/2 cawan air
1 bj tomato - potong 6
1 pokok daun bawang dan daun sup - hiris
garam dan gula secukup rasa.
> tumis bwg2 dan halia.. kemudian masuk sos-sos dan cili merah serta air.
> perasakan dan masuk tomato serta daun bwg dan daun sup..
> dah siap.. tuang atas ikan tadi..
5 Komen Cerita Hati:
nampak sedap je.. cikna pun suka kari & masakan bersantan.. hihi..
simple jer...naseb baik hb ko sporting!!!kalau x??mau jenuh nak layan...ekekekeke.....
simple pon boleh buat terliuq kak hee
simple ker?? ni dah sedapp sgt ayu... buku tu mmg resepi simple² pun kan
nampak kemain sedap..rasanya takde la simple sgt..sy ni lg simple,boleh dikatakan hari2 masak sambal..aiman suka,abah suka,ibu pun suka..hehe
Post a Comment