skip to main |
skip to sidebar
Hari ni........ checkup dengan doktor untuk kali ketiga. Last week baru je checkup tapi hari ni checkup lagi dan ambik surat doktor untuk refer hospital besar nanti.
Masalah dan dugaan bagiku.. Pregnant kali ni, baby duk songsang + kecik. Tapi bab baby kecik tu normal bagi saya sebab Adam dulu pun bersalin awal masa 37wks beratnya hanya 2.2kg dan sama dengan hari ni scan adiknya yang 37wks ++ pun doktor estimated berat dalam 2.2kg. Doktor scan macam baru 34wks tapi sebenarnya dah 37wks.
Agak lama jugalah sesi scan hari ni.. Doktor nak pastikan saya ni bermasalah lain atau tidak. Alhamdulillah, doktor cakap jumlah air, uri semuanya OK cuma kedudukan baby songsang dan agak kecik sikitlah. Doktor buat surat refer hospital besar kampung saya... Tengoklah nanti macamana kata doktor hospital sana punya discussion pulak samada nak terus induce atau tunggu cukup 40wks untuk bagi baby besar sikit atau mungkin jugak akan dibuat ECV.. Emmm.. bab untuk setuju buat ECV tu, saya dah putuskan untuk tolak dari buat ECV kalau itu yang dicadangkan nanti sebabnya saya tak mahu ambil risiko untuk saya dan baby.
Ya Allah.... terasa berat dugaan pregnant kali ni sebab dah tahu apa masalahnya. Kalau sebelum ni, bersalinkan Adam sebab emergency, masa kandungan 37wks ada leaking dan kerana itu saya terpaksa di caesaran ( czer ). Tapi kali ni berbezanya bila awal-awal dah tahu kemungkinan untuk saya czer lagi buat kedua kalinya itu tinggi. Agaknya saya ni memang bermasalah untuk bersalin secara normal seperti ibu-ibu yang lain kot. Saya redha andai ini yang terbaik untuk saya dan mengharapkan semuanya akan selamat nanti.
Ya Allah.. kuatkanlah semangatku, mental dan fizikalku.
Hanya doa dapatku panjatkan kepada-MU kerana sesungguhnya kau MAHA MENGETAHUI dan MAHA BERKUASA di atas setiap kejadian.
4 Komen Cerita Hati:
harap2 semuanya dipermudahkan. Ameen..
harap dipermudahkan segala urusan kat hospital tuh nanti.....sabar yea...
sedih pulak baca entry ni dan ngeri pulak nak mengandung lagi gegegegeg.. sy doakan semoga dipermudahkan yer...
Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah... Amin...
Post a Comment