Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 19 April 2013

Abah Adam Tunai Janjinya..........


Belum pun lagi tamat buku 'Bacalah Anakku' tapi Adam dah dapat apa yang dia hajatkan. Haishh mana aci kan? Ini semua sebab Adam terjumpa robot yang dia dah berkenan masa kat Pasaraya Pantai Timur semalam. Adam pun menuntut janji dan Abahnya tunaikanlah janji tu.. Haha.. Saya cakaplah kat dia, kena gigih habiskan buku 7 & mulakan buku  sebab dah belikan robot. Adam angguk jelah dan balik rumah terus nak membaca buku 7 tu sampai dua mukasurat pulak tu. Muahaha... Yang paling tak tahan, masa kat pasaraya tu sibuk nak mengeja, konon nak tunjuk kat abahnya yang dia dah pandai membaca sikit-sikitlah tu. Pandai betul Adam membodek abahnya. (^_^)
 Robot baru Adam.. Robot ni bila dah letak bateri AA baru dia jalan dan bunyi. Itu yang Adam nak sangat tu. RM16.90 je pun.. Hihik..
 Main sambil cakap-cakap, sampai gitu haa....
Sampai terbaring ko.........

"Adam kena sekolah pandailah kan.. Adam kena belajar pandai-pandai sebab tu abah beli robot kan ibu?", katanya kat saya. Abahnya pesan kat dia, dia pulak ingatkan kat saya apa yang abah dia bagitahu. (^_^)

2 Komen Cerita Hati:

Masya said...

hihihihi.... abah amir pulak janji kalau dah pandai baca.. amir ayah belikan tab baru.. sbb yg lama dah rosak kikikikii

Chic Na said...

wahh suka adam dpt robot. nanti mesti tambah rajin. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute