'Bacalah anakku' adam dah di buku 3. Ikutkan penilaian di belakang buku tu, adam dah boleh mulakan buku 4 tapi saya masih teruskan buku 3 lagi untuk sehari dua ni sebab dia masih ada sedikit kekeliruan dalam menggabungkan bunyi beberapa perkataan. Alhamdulillah, adam dah boleh membaca ayat-ayat pendek walaupun agak lambat dia menyebut dan membacanya. Mulanya saya ingat adam ni menghafal ke bunyi huruf dan sukukata tu dan untuk pastikan samada dia menghafal atau tak, saya uji dia dengan menulis huruf-huruf sukukata dan perkataan pada whiteboard, kemudian minta dia cuba bacakan dan dia baca dengan baik walau lambat-lambat sikit. Itu maknanya dia tak menghafal lah kan?
Selain guna flash kad untuk membantu sesi belajar membaca tu, saya juga buat aktiviti kolaj dengan tampal kertas dan juga mewarna pada huruf-huruf atau sukukata. Sambil adam buat sambil dia baca sukukata tersebut. Mungkin dengan cara ni dapat membantu daya kefahaman dan ingatan dia serba sikit.
-Tampal-menampal cebisan kertas-
-Bermain dengan water colour-
Lain orang lain caranya.. Saya pun hanya mencuba apa saja cara yang boleh buat adam suka untuk belajar membaca walau tersangatlah mencabar sebenarnya. Yelah kan, kadang dia boleh dengar kadang dia buat dek je. Itu pun dah jadi satu lagi cabaran bila nak kena pandai tengok mood dan kemahiran mendengar dia. Tapi takpe, ajar perlahan-lahan dan tak perlu nak memaksa dia untuk cepat pandai. Masih banyak tahun lagi untuk dia belajar sebelum sekolah rendah.. Tapi kalau anak dapat membaca dengan baik sebelum 6 tahun, sangatlah seronok kan. Lagipun adam bukan saje perlu belajar membaca tetapi dalam masa sama juga kena belajar Iqra'. Jadi kenalah pelan-pelan kayuh... Kesian kot kat dia kalau terlampau memaksa sangat. Saya sebenarnya rasa bersemangat dan sedikit tercabar bila terbaca kata-kata ini.. "Celik huruf bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru". Kan?? Besar rupanya tanggungjawab dan peranan ibu dan bapa ni.
1 Komen Cerita Hati:
bagus cara kak tuh.. ohya adam tabika kemas ke? dekat mana ye?
Post a Comment