Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 15 March 2013

Art&Craft : Belajar Guna 'Water Colour'


Aktiviti adam di petang Jumaat. Maklumlah belah pantai timur kan tak bersekolah hari ni. Jadi adam ni yang  bosan dan sibuk duk tanya takde aktiviti baru ke untuk adam? Haha.. sudahnya layankan ajelah. Buat pertama kalinya adam kenal water colour dan belajar menggunakannya. Tersangat excited lah budak ni jadinya kan.
 Alatan : Beberapa helai kertas putih (saya guna kertas A4 jer), water colour, berus dan tempat bancuh warna. Buku tu pulak pinjam dari library sebagai rujukan saya. Saya ni memang bab seni kurang sikit.. Itu yang blur je, mujurlah ada buku ni membantu camne nak ajar adam buat corak. Maka, belajarlah buat corak catan hari ni. :)
 Guna tangan untuk buat corak tapak kaki... Tengoklah tu betapa syoknya adam mengecop. Haha..
Yang ni pula saya potong kentang.. Opss tak menjadi corak star pun sebab saya tak pandai nak ukir bentuk star atas kentang tu. Haha.. Sudahnya belasah jelah adam apepun ibu bentuk.. Tetap menjadi jugak coraknya kan.. :)
Taraaa............ hasil-hasil karya corak catan daripada adam. Ada yang ikut buku dan ada yang main ikut suka hati je ajar dia buat.. Hihik. Nama tu adam yang tulis sendiri. :)

p/s : Lepas dah selesai aktiviti ni, sila basuh tangan bersih-bersih yer.. :)

2 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

wahhh lama tak main water painting ni. pandai adam lukis.

Masya said...

advancenya.... teruja adam sampai macam-macam corak ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute