Kali ni cuba belajar mengira dan mengenal nombor supaya lebih bagus.
Worksheet number tu saya print dari SINI aje dan saya gunakan sticker yang di print sendiri oleh abah adam. Rajin pulak abah adam ni kan print sticker dot dot tu.. Haha.. Sebenarnya nak lebih mudah, beli aje sticker tu kat kedai buku. :)
Kira dan tampal.. satu lagi aktiviti yang disukai adam.
~Senyum tanda suka~
Nota : Saya bukanlah seorang guru mahupun belajar jurusan pendidikan kanak-kanak tapi saya akan berusaha menjadi seorang ibu dan guru yang terbaik buat anak saya. Setiap ibu pasti mepunyai harapan yang tinggi untuk melihat kejayaan anak-anaknya. Saya akui satu masa dulu ramai yang selalu sindir saya kenapa tak berkerja dan memilih menjadi surirumah walau ada kelayakan untuk berkerja makan gaji misalnya tetapi saya diamkan aje setiap persoalan orang kerana hanya saya yang tahu kenapa mengapanya. Ilmu yang dipelajari dulu masih saya boleh praktikkan dalam rumahtangga terutama dalam mendidik anak-anak. Rezeki dan jalan hidup setiap manusia itu berbeza. Mungkin inilah yang terbaik untuk saya dengan memilih kerjaya ini. Saya bersyukur segala apa yang ada hari ni dan sentiasa mengharapkan kehidupan kami akan menjadi lebih baik di masa depan. Terima kasih kepada suamiku yang sangat bertanggungjawab terhadap keperluan kami dan menerima baik burukku seadanya diriku ini.
1 Komen Cerita Hati:
mungkin guru bukan aliran kt.. tp kt adalah guru erbaik buat anak kt kan.. sbb pembelaran yg pertama sgalanya bermula dr rumah.. ayu buat mcm ni.. sy pun bersemangat nak buat kat amir tau hahahahahha
Post a Comment