Sesuatu diluar jangkaan telah terjadi petang semalam. Adam keluar bersama abahnya untuk beli ikan dan saya tak ikut sama sebab nak prepare untuk masak. Balik jer dua beranak tu dari membeli, abahnya terus bercerita kepada saya yang Adam hampir dilanggar.. Saya yang dengar rasa nak rebah dan terus peluk adam. Masa adam balik tu nampak yang adam diam jer macam masih terkejut dan wajah abahnya pun masih dalam terkejut. Saya pun memang menangis jugalah tadi walau tidak tengok apa yang terjadi tu tetapi saya tak sanggup hadapi kalau benar itu terjadi. Terima Kasih Ya Allah kerana melindungi anakku. Terima kasih Ya Allah..
-Ihsan pokcik google-Menurut cerita abahnya, adam cepat sangat turun dari kereta. Dia memang dah pandai bukak pintu kereta sendiri. Itulah yang menjadi masalahnya. Kalau saya ada lainlah kan, memang selalu saya pegang dia terus tapi tadi saya tak ikut sekali. Sebab tu belum pun sempat abahnya keluar dari kereta untuk turunkan dia pulak dari pintu belah penumpang tu, dia dulu yang turun dan terus pulak melintas jalan tanpa tunggu abahnya. Menjeritlah abahnya dan nasib baik dia patah balik bila abahnya panggil nama dia dan nasib baik jugak kereta Myvi yang hampir langgar tu berjaya mengelak. Kecut perut saya dengar cerita abahnya tu. Macam tak boleh nak bayangkan apa-apa dah.. Gelap dan berdebar sekejap hati saya. Patutlah saya rasa tak sedap hati je masa kat rumah sorang-sorang.. Ya Allah, semoga kau sentiasa melindungi anakkku.
Memang kejadian itu memberi pengajaran buat kami. Kepada mereka yang punya anak kecil, jangan mudah alpa dan cuai. Kita memang tak dapat jangka tindakan drastik budak-budak yang sedang membesar ni. Seelok-eloknya, jangan unlock pintu kereta sebelum kita dah sedia nak keluar, bukakan pintu kereta anak kita dan jangan biarkan dia buka sendiri dan seharusnya pimpinlah tangan mereka. Adam tadi pun memang kena brainwash lah. Harapnya dia sedar yang tindakan dia buat tu salah. Kami memang pernah ajarkan dia cara melintas jalan, tengok kiri kanan dan tunggu kami dulu. Tapi mungkin tadi entah apa dia excited sangat pun tak pastilah. Selalunya memang kami sentiasa pimpin tangan dia. Tak kira kat mana pun, kami akan cuba pegang dia dan pimpin dia. Tapi itulah apa yang berlaku tu memang membuatkan kami harus lebih berhati-hati lagi.
p/s : Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga yer.
13 Komen Cerita Hati:
Please, lebih berhati2 lain kali yea en suami...
set child lock. Anak tak boleh buka pintu dari dalam. Kita bukakan pintu setiap kali anak nak keluar dari luar. Selamat sikit. Biasalah budak2 excited dan nak tunjuk dia dah pandai buat itu ini...alhamdulillah anak ayu tak apa2...nanti cuba tgk kat pintu belakang..tapi pintu belakang je ada rasanya
ish..berderau darah saya baca tau...
mmg anak2 sbaya anak kita nie..kalau turun keta laju jer..saya pun mmg rasa risau kalau mia keluar berdua jer ngan papa dia..sbb dia cam adam gak dah pandai turun keta sendiri...kalau ada kita,...insyaallah..sbb kita selalu pegang tangan dia...
hrp anak2 kita selamat dijauhkan dr perkara buruk...amin..
ish takutnya.. alhamdulillah masih diselamatkan.. kena lebih care lepas ni :)
allahhuakbar, terkejut saya.. sy baca pun takut tau.. amir pun mmg selalulah sy ni dok bebel jgn bukak pintu kereta tunggu ibu atau ayah... naik motor pun same.. dia suke dok blkg mmg selalulah dok psn kaki kangkang .. pegang kuat²...
next time hati2 ye!
Alhamdulillah adam selamat. lepas ni kena lebih hati2 la ayu & abah adam.
bahaya ni dear..bdk2 mmg la dorang bkn kira apa dh bla trun keta..huhu
Alhamdulillah Allah beri perlindungan...
huih!!!bahaye tuh....naseb baik x jadi pape...harap lepas neh lebih berhati-hati.....yang penting adam selamat...huhuhuhhh!!!!
kene hati2 ni
nsib xde pape kn..syukur..nnti kunci pintu kreta tau..huhu..
ya allah..
mujur adam baik2 saja..itulah..kalo bjln..mmg pernah lps tgn asya..kalo melintas..confirm dukung dia...tp itula..adakalanya kt dh ckp berhati-hati..tp sbg manusia biasa..adakalanya..dlm hati2 tu kt terlalai
Post a Comment