skip to main |
skip to sidebar
Salam sahabat-sahabat blogger semua.. Lamanya saya tak menghadap blog dan tak update. Cuti raya camtu ler rupanya kalau balik kampung. Hihik..
Syoknya tengok orang duk post citer dan gambar-gambar raya. Saya??? Gambar pun tak transfer dan belum edit pun lagi. Itu yang Cerita Hati tak update citer raya.. InsyaAllah nanti akan di update. Mood belum sampai lagi ler nampaknya. Malas betul nak mentranfer dan mengedit gambar-gambar tu. Mood menghilangkah?? Hihik.. Sebenornya, raya kami tak banyak pun bergambor. Frustlah sikit..... Tapi tahun ni happy sebab tercapai jugak hajat nak belikan sesuatu untuk Mak dan Ayah. Thanks encik suami sebab adil, belikan kedua-dua belah pihak sama jenis dan sama banyak.. Itu baru betul.. Mertua pun dapat, mak ayah pun dapat sama.. :) Walau hadiah tu tak seberapa tapi terpancar raut riang dan gembira wajah Mak saya bila saya bagi dia telekung sembahyang bersulam macam dia suka tu. Terus dia pakai walau dia dah pun ada yang lain yang masih baru. Hehe.. Terharu pulak rasa hati ini. Itulah namanya seorang ibu, walau tak seberapa pemberian anaknya tapi gembiranya dia sangat luar biasa. Ayah pulak dapat dua helai kain pelikat.
Cerita raya kami? Next update...... Hihik.. Tahun ni raya pertama di rumah mertua, raya ketiga baru pulang ke kampung belah saya. Sedih sebab tahun ni tak dapat jumpa dengan abang sulung dan kakak kerana tuntutan kerja mereka yang tak dapat cuti raya. Rindu bertamu lagi.... dan belum terubat pun lagi. Setahun tu tak bertemu mata, hanya tengok dalam fb jer dan calling-calling. Tapi tak sama dengan bertemu mata.. Terkilan sikitlah disitu. Adik Pecho jelah cuti dan adik beradik lain yang tinggal dekat memang dapat bersua mukalah.. Sudah banyak perubahan adikku yang sorang itu sejak sudah kerja jauh dari kampung halaman.. Bagus bagus dan semoga terus lagi berjaya walau saya malu sikit dengan dia yang terlebih dulu realisasikan hajatnya tu.. Hahahaa. Apakah? Biarlah rahsia.. Hihik..
Adam pulak dapat banyak juge duit raya, so akan diusahakan buka akaun Asb untuknya... Orang lain dah lama buat untuk anak tapi saya baru nak buat.. Hihik.. :) Oh Adam pun semakin banyak ragam lah sekarang. Semakin membuaskan dirinya dan semakin macam-macam pulak jadinya. Sabar jelah..........
Kuih raya masih banyak kat rumah.. Jom lah beraya.. Hihik.. Cerita dan gambar raya akan di update later.....
4 Komen Cerita Hati:
xpe ayue..amik mood dlu..sambil2 mkn biskut raya..hahaa
yes itu yg sepatutnye kena adil utk kedua2 pihak..makpak sdiri or mertua.sama sikit sama byk kata org
lama teh berehat...=)
wah!!!!raya sakan lah taun neh balik kat 2x belah kuarga...heheheh....n'way respect kat ko walaucamner ragam si adam pon ko sanggup sabar n terangkan kat dye ape yang patut and apa yang x patut nak buat...actually aku banyak gak blaja dari ko...kalau haku dulu ikot cara orang dulu-dulu didik pakai tangan...dan sepatutnya aku patut jadik lebih baik daripada yang terdahulu....mende neh yang aku fikirkan kat kepala aku...n skunk aku dah tersedar...kekadang akuh neh agak degil nak dengo cakap orang tapi,kalau orang tuh cakap elok-elok ngan aku insyaAllah aku boleh lagi fikir logiknya...n'way aku x malu nak ngaku yang aku pernah bagik pendapat yang salah namun aku dah tersedar n aku nak cepat-cepat mintak maaf atas pendapat akuh tuh...sorry kalau ko terkejut tapi,inilah yang hati aku suh aku buat....heheheh....(this is me)i cannot denied.....
Post a Comment