-Sebelum dibakar-
-Selepas dibakar-
Resepi : Biskut Dahlia
250gm butter/marjerin
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan ceri dadu sebagai hiasan
1) Marjerin dan gula dipukul sebati dan kembang.
2) Masuk telur dan esen, pukul rata.
3) Masuk tepung-tepung dan gaul sebati, uli menjadi doh lembut.
4) Masukkan dalam acuan dan picitkan. Letak ceri. Bakar 150c selama 15-20minit.
SELAMAT MENCUBA!!
Kemudian, saya mencuba pulak buat biskut strawberi yang resepinya dari majalah Saji Bumper Raya. Saya guna acuan bentuk Love dan Adam pulak dengan sesuka hatinya menamakan biskut ni biskut I Love U. Hihik...
Resepi : Biskut Strawberi
Sumber : Majalah Saji Bumper Raya
200 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
100 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard
210 gm tepung red rose - saya guna tpg gandum
20 gm susu tepung
1 sudu besar pes strawberi
1 sudu besar pewarna merah
Hiasan ; Coklat masakan
** Kaedahnya sama jelah yer macam kat atas tu.. Dah siap bakar baru hias dengan coklat masakan yang dicairkan.
SELAMAT MENCUBA!!!
3 Komen Cerita Hati:
wah..sedap nampaknya...da bape x buat biskut raya nih..jeles tgk org buat..
jadi la biskut dahlia tu. kelopak dia cantik je. cik na pernah try buat tp tak pandai nak piping. so kelopak bunga tu tak jadi cantik. biskut love pun nampak menarik.
rajinnya buat biskut ..
suke jugak makan biskut dahlia ...
takde lebih ker?? meh sebalang .. x malu btl .. sy kan..
Post a Comment