Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 7 June 2012

-Muffin Pandan-


Gara-gara semalam tertengok fesbuk kawan post pasal muffin pandan yang dia buat. Adoii.. aku ni mula lah tekak rasa macam nak jugak. Cari lah resepi muffin pandan yang senang dan terus mencuba buatnya. Maka terhasil lah Muffin Pandan petang tadi. Berbaloi jugak cuba resepi ni sebab memang senang sangat cara buat dan rasanya ada lemak manis santan pulak tu. Adam pulak memang suka kek. Sukalah dia dapat makan. Awal-awal nak buat tu dah sibuk bertanya, "Ibu nak buat apa tu. Nak buat kek kat Adam ke?". Itulah selalu dia tanya dan  dia yang jawab sendiri tiap kali aku tengah nak buat kek.




Resepi : Muffin Pandan
Sumber : Kak Nor

200 gm Tepung Gandum* -ku pakai tepung superfine
1 1/2 tsp baking powder*
1/2 tsp soda bikarbonat*
1/2 tsp garam*
120gm gula castor
200ml santan kotak - tapiskan
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 tsp pandan emulco -ku pakai pewarna hijau jer
1/2 tsp esen pandan
Topping hiasan : Badam cincang, kismis, ceri - ku pakai bijan

1) Panaskan oven 180c.
2) Ayak bahan bertanda * dalam bekas. Kemudian campurkan gula dan kacau pakai whisker.
3) Campurkan semua bahan-bahan basah dalam bahan-bahan kering tadi. Kaup balik kan adunan hingga sebati.
4) Isikan dalam papercup. Taburkanlah dengan bahan hias atasnya dan bakar 20 minit atau hingga masak.

Nota : SELAMAT MENCUBA!!

5 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

dapat tengok jer pon jadiklah...keh...keh...keh...

Chic Na said...

untungla adam. dpt ibu yg rajin masak macam2. selalu dpt makan best2 kan. :)

AdaM Hawa said...

nak try bile berkesempatan la..

adda syuhada said...

dpt seketul pun jadi la..kihkih

Saya Disini said...

sedpny

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute