Sorry yer banyak entri dapur pulak hari ni. Hahaha.. Aku memang suka buat kek.. Jadi sila jangan jemu datang sini dan amik resepi kat sini jugak yer. Nanti boleh kalian try pulak.
Aku sebenarnya hantu kek coklat.. Hari ni terasa mengidam pulak nak makan kek coklat.. Padahal baru je buat kek hari tu kan. Tapi kalau buat kek coklat gerenti cepat habis sebab si kecik Adam dan Abahnya pun memang suka makan kek coklat. Masa BW kat blog Kak Yati, ternampaklah resepi best. Ada gabungan topping cheese dan chocolate.. Wah!! Aku tengok gambar kat situ pun dah meleleh air liur aku. Jadi merajinkanlah diri buat jugak memandangkan masih ada lagi stok bahan kek. Wah gitu.. Macam bagus jer aku nie..Hahak..
Tapi......... aku punya agak comot sikitlah sebab aku pakai topping coklat versi aku disebabkan coklat bar takde.. Belasah pakai serbuk koko dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya. Kalian harus cuba resepi ni tau!! Memang best sangat.. Makan sejuk-sejuk pun best giler!!! Bayangkanlah satu kek tu ada rasa cheese dan penuh dengan rasa coklat... Fuhh.. Harus try sendiri Okay!!
Ini loyang petak 9"X9". Pakai loyang lain pun boleh ajer.
Itu yang best tu bila ade cheese & coklat.
Budak kecik yang tak sabar mintak potongkan kek tu. Tak sempat letak dalam peti pun dah kena bedal dulu dek budak nih. :)
Dah nak habis dah pun. Sukanya kamu yer dak Adam!!
Resepi : Devil Food Chocolate CakeSumber : Kak Yatie @ Sinar Kehidupan
Bahan-Bahan :2 cawan tepung gandum* -ku pakai tepung kek1/2 cawan serbuk koko*1 1/2 tsp soda bikarbonat*1/2 tsp garam* (bahan-bahan bertanda * diayak sekali)1/2 cawan gula pasir - ku pakai gula castor1/2 cawan gula perang125 gm Butter/mentega2 biji telur saiz A - ku pakai 3 biji telur gred B2 tsp esen vanilla1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan susu segar + 1 tsp cuka masakan, rehatkan 10 minit)1 cawan air panas suam
Cara-caranya :1) Oven dipanaskan pada suhu 170c. Alas dan griskan loyang.2) Ayak bahan bertanda *3) Pukul butter dan 2 jenis gula tu hingga kembang dan ringan. Tambah telur dan putar sebati.4) Bila dah sebati, masuk bahan-bahan kering (tepung) selangseli dengan buttermilk.5) Masuk air panas suam dan esen vanilla. Sebatikan.6) Masuk dalam loyang dan bakar 30minit atau hingga masak.
Cream cheese Frosting125 gm cream cheese60gm butter1/2 cawan gula icing *ayak1 tsp esen vanilla - ku tak letak1 tsp oren sunquick- ku tak letak
*** Putar cream cheese dan butter hingga gebu dan berkrim, masuk gula, esen & jus. Putar sebati.
Choc Topping versi ctayue. :)1/2 cawan serbuk koko1 cawan susu pekat manis2 sudu besar minyak -ku pakai minyak jagung1 tsp esen vanilla
*** masak semua secara double boil hingga sebati.
Cara topping kek :* Letak creamcheese frosting dulu baru lah letak choc topping.
Nota : SELAMAT MENCUBA!!!
4 Komen Cerita Hati:
wah!!!perisa double cheese...akuh pon ske kek yang hade cheese...huhuhhh!!!teringat lak kat cheesetart bluberry...hheheh...
teringin sgt nk buat tp xde masa lak. cik na pun hantu coklat & cheese jgk.
meleleh dh tgk kek ayu tu. nyummmm.. :)
sedapnye...;)
sedapnya adam makan... nak sikit :-)
Post a Comment