Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 6 June 2012

Bekas pensel baru Adam!!


Di suatu malam Ahad yang lepas, ketika dalam pasaraya di satu sudut alatulis.
Adam : "Abah, cantiklah Ben 10 ni. Adam nak boleh tak?
Abah Adam  : " Boleh..... tapi nanti letak pensel colour dalam ni yer.. Kena baca buku yer".

Adam angguk je tanda setujulah sebab dia dah tertarik sangat dengan gambar ben10 tu kan. Sesampai je rumah, terus dia isi segala pensel warna dia dalam bekas pensel tu. Kemudian dia amik buku yang baru jugak dibeli minggu lepas dan duduk depan TV. Maka, bermulalah sesi menulis dan mewarna dia. Macam biasalah si manja Adam ni, lebih suka tulis sambil meniarap walau dah dibelikan meja kat dia. Bulan ni banyak betul Adam 'pow' abah dia.. Haha... Kalau singgah mana-mana memang tak sah kalau dia tak beli barang. Dah lah tu pandai pulak memilih itu ini sendiri, penat kadang tu nak melayan.. Cuma perangai dia yang aku suka, kalau dah belikan dia satu barang tu, dia tak merengek dah la nak barang mainan lain pulak. :)

Aktiviti menulis Adam semalam......
 Murah je bekas pensel Ben10 Adam tu, RM4.90. 
 Semangat lah nak mewarna dan menulis sebab dapat sesuatu yang baru kan.
 Gaya dia pegang pensel tu memang pelik sikit. Dah ku ajar cara yang betul tapi tetap camtu jugak. Risau jugak kadang tu. Tapi dia pegang macam ni lagi cepat dia buat. Nanti dia pandai sendiri kot cara pegang dengan betul pensel tu. 
 Sampai meniarap lagi tau...
Inilah hasil dia menulis dan mewarna sendiri. Pisang tu, dia kata kaler kuning, isinya putih. Lada tu katanya kaler merah macam kat pokok lada Abah dia. Adam memang suka bebel sorang-sorang kalau menulis atau mewarna.. memang mulut dia sama naik je sembangnya sambil mewarna. :)

Tahun depan Adam dah masuk 4 tahun. Kalau ikutkan dah boleh hantar tadika dah kan. Tapi itulah..... aku agak keberatan pulak. Takut dia lagi banyak main pulak. Yelah baru 4 tahun kan. Ikutkan dia memang nak sangat ke tadika. Tunggu 5 tahun kot baru sesuai hantar dia ke sekolah. 

Ibu sayang Adam.. Sangat seronok bila tengok Adam sudah pandai mewarna dan menulis nombor dan abjad dengan baik. Adam sudah kenal dan boleh tulis beberapa nombor dan abjad  kalau disuruh tanpa bantuan kami. Terutama nombor 0, 5, 4, 7 dan abjad A, C, O. Kalau lain-lain tu kena tengok contoh kat buku jugalah, lepas tu baru dia akan buat sendiri kat buku tulis dia. Semoga kamu semakin pandai yer dak Adam dan jadi anak yang baik buat Ibu dan Abah.

3 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

wahh rajin ye adam, dh dpt pencil box baru. good boy. ayu ajar je dia pelan2 kat rumah. pun ok. :)

AdaM Hawa said...

suka dgr budak-budak mewarna sambil bercakap mengenai lukisan yg di warnakan..

Azura @ cik buaya said...

nak jugak pencil box tu :P hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute