Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 7 February 2012

Mari Menabung


Menabung? Apa itu menabung sebenarnya.. Menabung ialah menyimpan sebahagian wang yang terperolehi untuk masa depan ataupun digunakan untuk kecemasan di kemudian hari. Emm.. cmane yer nak galakkan anak menabung? terfikir2 sy.... sebabnya sy mmg nak mengajar anak menabung sejak dari umur dia kecik lagi. Semoga kelak dia lebih memahami pentingnya menabung. Belajar dari pengalaman diri sendiri kan. Hehehe.. So, sy pun google lah. Terjumpa lah tips di bawah ini dari sumber tertentu. Ok, meh sama2 kite pratikkan untuk anak kita okey. Jom tengok....
.
.
Di bawah ini ada beberapa panduan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menabung duit dengan mudah. di sini



1. Matlamat

Jelaskan bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup. Contoh paling mudah dengan membawanya ke kawasan

perumahan. Tunjukkan rumah mewah dan yang bukan. Katakan bahawa jika mereka pandai menyimpan dan menguruskan kewangan dengan baik, insya-ALLAH hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami rumah yang lebih selesa.

2. Arah Tuju

Tanamkan dalam diri anak agar menjadi orang yang berjaya dan berharta. Mungkin ia nampak seakan materialistik. Tetapi itulah hakikat kehidupan dalam era moden ini. Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya. Nyatakan bahawa menyimpan wang dapat membantunya melanjutkan pelajaran atau terjun dalam bidang perniagaan yang menjanjikan hasil yang lebih lumayan.

3. Buka Bank

Bawa anak ke bank untuk memberi kefahaman erti menyimpan wang di institusi yang bertauliah. Dengan ini dia akan faham bahawa wang bukan sahaja boleh disimpan dalam tabung tetapi ada institusi khas untuk tujuan itu. Dengan ini dia akan faham bahawa betapa menyimpan duit adalah penting bagi semua orang.

4. Belajar Perbezaan

Bantu anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak. Dengan kefahaman ini membuatkan dia tahu untuk membuat keputusan barang apa yang perlu atau tidak. Cara ini secara tidak langsung mengajarnya erti berjimat cermat dan tidak boros.

5. Kenalkan Kos

Kanak-kanak tidak mengetahui apa yang dikaitkan dengan kos. Mereka tidak mengetahui nilai kos anak patung atau buku. Bagi mereka harga tidak memberi pengertian kepada mereka. Bawa anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga di kedai biasa. Nyatakan padanya jenis barang yang boleh diberi secara borong agar dapat menjimatkan kos.

6. Perancangan

Ajar anak untuk belajar tentang bagaimana untuk merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli barangan kesukaan mereka. Dedahkan kepada anak pada awal usianya tentang kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos tambahan. Katakan padanya kalau berhutang, harga barang selalunya lebih mahal. 
.
.
Pic kt bwh nie adalah my little son. Alhamdulillah, dia kalau nampak duit syiling lebih..mesti dia akan masuk kan dlm tabung kepsi dia..hehe.. pernah dah tabung tu mencapai RM60 hasil tabungan dia sendiri bila ternampak duit syiling lebihan ibu atau abah dia lepas beli barang, atau letak merata atas meja ke..dia akan amik dan masuk tabung dia..Hehe.. Hope ini pun dia akan terus kekalkan sampai dewasa. Amin.
.
.
.
Tengah pilih2 syiling mana nak dimasukkan dulu..hehehe
.
.

 .
.
dah siap nak masuk kan lam tabungnye
.
.
 .
.
Nah, ini syiling adam yer... Jom join adam jugak kay
.
.

Tips saya pulak.. yang sy pratikkan sendiri lah yer.. Hehe..

* Sy suka bagitahu anak kenapa abah dia pergi kerja penat2 cari duit, tujuannya utk apa. Sy selalu ckp yg abahnya pergi keje utk cr rezeki. Nak beli baju adam, bagi makan minum adam..jadi adam kena hargai duit abah kasi.. tah tahu lah dia phm tidak sbb dia br je 3tahun.hehehe. hope dia phm lah.

* Lepas sy beli brg2, kalau ada duit syiling lebih, sy akan bg anak pegang dan pesan balik rumah nanti masuk dlm tabung.

* Kalau anak nak beli brg dia, sy follow dia ke kaunter byrn, then bagi dia duit secukupnya... suruh dia byr sendiri.. dan duit balance tu sy suh dia simpan dlm poket, then pesan benda yg sama. Alhamdulillah, walau dia kecik lagi, dia buat jgk lah bile balik tu. 

* Saya suka letak syiling atas meja..saja nak tengok dia.. silap2 dia yg bebel knp ibu dia knp letak merata nie..adoii..kan dah kena..hehehe

* kalau pergi kedai, dia boleh amik dua brg je.. contoh aiskim 1 dan cekedis 1 (jajang food tu ler, betul ke mengeja nie..hehe..belasah jelah yer) hehe.. kejam tak sy.. bukan pe, sy risau nk ajar dia amik byk2, takot nanti dia jadi tamak dan suh ikut kemahuan dia je..tu yg tak best tu.. buatnye tak cukup duit.. malu jer. hehehe. lainlah kalau time shopping bulanan kan.. ini kalau pergi kedai nak beli sikit2 yer. Biasalah budak2 suka kedai kan..hehe..

* Beli tabung yg comel2 kat dia..hehehe...

( cuma satu je, sy masih belum bukak akaun bank utk dia.. emm..kena bukak jgk nie sepertimana saranan tips kat atas tadi tu..hehe. )





Coretan Rajin

3 Komen Cerita Hati:

makcik said...

mak yg bagus ni .. ^_^

CtAyue said...

hehe.. harap nye sy dpt jd begitu lah..belum bagus lagi.. masih banyak perlu di belajar lagi..hehe..Thanks follow kite.. Done follow u too.. :)

Cap@yam said...

huhuhhuhu..habis duit syiling abah adam buat kutipan.....heehehehheh..good boy..Adam Akmal...love u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute