Salam semua...
Nak tayang kek lagi ye.hehe. bila dah ada perasaan rajin nak cuba resepi baru, jadi saya cuba jugak sampai jadi. Kebetulan si kecik saya suka makan kek. jadi semakin teruja dan terrajin lah saya nk buat nyer.. satu lagi bertambah minat pulak dengan dunia bakery nih. entah kenapa rasa seronok jer bila mengadun kek dan tengok hasil air tangan sendiri menjadik. hehe.. nie lah kek saya. Mocha Orange choc cake. TQ kpd pengkongsi resepi ini yg sudi berkongsi resepi.
Moist Orange Mocha Brownies
(sumber : Myresepi.com)
bahan A :
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
2 cwn gula perang
1 cwn air panas
1/2 sudu kecil nescafe (bancuh dgn sedikit air)
2-3 sudu besar sunquick oren
bhn B : (kacau rata)
1 sudu kecil esen vanilla
2bj telur
bhn C : Ayak bersama
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
utk topping : 1/2 cwn serbuk koko, 1/2 cwn susu pekat manis, 2sb minyak (teknik double boil atas air pans)
1) panaskan oven suhu 170c selama 15min
2) kacau semua bhn A spy sebati
3) masuk bhn B dlm A td dan kacau
4) masuk bhn C dan gaul rata sebati
5) gris loyang dgn mentega dan tuang adunan
6) bakar lebih kurang 45-50 min. atau hgga masak. bila cucuk dgn lidi kek tak lekat.
7) kek sejukan dulu br letak topping.

Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.





