Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 18 December 2015

Pelbagai aktiviti hs, diy abm anak-anak yang mudah dan jimat


Nak update abm yang tertangguh nak update.. diy yang murah, mudah dan jimat.

1) Puzzle paper plate
 puzzle daripada paper plate. Paper plate tu beli RM1.60 je, lepas tu lukis.. kalau nak print gambar lagi menarik dan tampal atas tu.. saya gunting kepada 5 bahagian dan tengah bentuk bulat.

2) Beginning sound letter games
 kenapa lukis je ni? oh laptop saya dah rosak..yang tinggal hanya printer..itu yang merajinkan dalam terpaksa lukis ni semua demi anak. Persediaan abang adam nak exam masa orientasi nanti.

Saya guna tudung botol yang dilekatkan huruf kayu comel yang boleh dibeli di kedai mr.diy. satu set tu ada banyak keping untuk setiap huruf. Jadi boleh pelbagaikanlah.. nak lekat Huruf comel tu kat batang aiskrim pun ok juga ye.

3) Popsicle stick puzzle

 sticker foam RM1.80 dan batang aiskrim tu RM3.50 satu paket.
Haa itu jelah modalnya nak buat abm ni. Mudah kan.. dah siap potong, saya tulis nombor belakangnya tu. Contoh kalau sticker tu guna 2 stick tulislah 1,2. Kalau guna 4 tulislah turutannya.. bukan apa, nanti senang bila nak bentukkan semula gambar tu.

4) Number stick matching games
 kotak lego abang adam dan diy nombor lekat pada batang aiskrim. Nombor kayu tu pun saya beli di mr.diy juga.

5) Tree match games
 saya lukis je dan letak dalam sheet protector.

6) Aplhabet car games
 yang ni guna kertas keras.. boleh pelbagaikan untuk belajar furqan dan abc.

 Ni untuk a besar padankan dengan a kevil.

7) flower fraction games
 diy guna kepingan kotak. Pecahan mudah untuk abang adam.


Semoga bermanfaat.. selamat mencuba yer.

Doll daripada paper foam untuk adam dhia


Keinginan ibu nak buatkan doll untuk dhia dah lama dah.. ibu google dan kaji dulu cara buat doll dan bajunya. Kaji gitu ye..hihi. you all search je keyword paper doll, magnetic paper doll, felt paper doll... haa nanti berlambak la keluar design dan idea.

Asalnya saya nak buat guna felt tapi masa gi mr.diy kat sini, felt dah habis.. jadinya saya tukar guna foam paper. Beli sepaket RM3.30 dan pelbagai warna dalam satu paket tu. 

Mula mula tu kena buat lakaran template atas kertas dulu baru boleh lukis atas foam. 
 Macam ni lukisnya.. kalau doll girl kena ada rambut belakang tu.

 Satu untuk abang adam dan satu untuk dhia. Baju tu ukur je terus atas foam pun takpe dan rekalah design..

 Ini baju nak gi sekolah..hihi.

Lepas tu kan.. saya upgrade pula guna magnet sheet. Kebetulan ada tin biskut. Sayang gak nak buang. Diy la tin tu jadi tempat main doll..

 Letak magnet depan dan belakang doll serta pada semua baju.

 Bila buat camni.. lagilah anak jadi suka.

Ni rupa magnet sheet tu. Sekeping rm4.90. Saya beli kat kedai buku pustaka seri intan kalau di tempat saya ni. Boleh gunting.. lebih magnet tu nanti boleh buh kat puzzle pulak. 😊

Tuesday, 15 December 2015

Diy Papan carta poket


Papan carta poket ni memang salah satu kegemaran saya bila nak ajar anak-anak. Terutama bila ajar membaca atau buat aktiviti permainan bahasa. Papan ni banyak membantu..

Idea ni pun dapat bila tengok blog Puan Eliani (pengasas buku bacalah anakku dan readeasy). Saya diy dengan cara saya.. saya guna kotak dan plastik.

Pelbagai cara permainan bahasa boleh dibuat dengan carta poket ni. Nak buat pun taklah susah.. jom diy. :)

Lakaran dan lukisan abang adam

Lukisan abang adam masa di kampung
 Minion petak petak
 kesukaan saya udang dan roti kacang
 dia tulis dan mengeja sendiri. Alhamdulillah. Ibu abah adam dhia.
 kitaran hidup si rama-rama.. macam banyak terbalik je tu..
 ini tak tahu dia tiru mana..
 cita cita bomba?
masa kat kampung, dia duk tengok.cd minion je. Tu yang jadi lukis minion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute