"Adam, diamlah sikit.. adik nak tidur".
"Adam, tak bolehlah lompat-lompat, jatuh nanti".
Adam......... tak bolehlah gitu.. tak bolehlah camni.. Setiap hari benda yang sama saya akan ulang cakap marah nasihat dia. Oh.. memang menguji kesabaran betul. Terlupakah saya yang Adam tu baru 4 tahun dan ragamnya memang sukar dijangka.. lasak memang normallah ketika umur budak camtu tapi saya asyik nak marah je kat dia dan bukan saya je, abahnya pun sama dah selalu marah dia lately ni. Adam bukanlah nakal sangat pun kalau diikutkan ada lagi budak yang lebih nakal dari dia. Adam ni aktif lasak dan suka nak cuba macam-macam je. Sekarang ni Adam mengada-ngada seolah-olah nakkan perhatian dari kami seperti sebelum dia bergelar abang. Mungkin kerana itu adam semakin macam-macam kebelakangan ni yang menyebabkan saya asyik nak marahkan dia. Silapkah saya?? Saya jadi geram bila adiknya tidur dia saje-saje jer pergi ngacau adiknya tu, lepas tu suka sangat lambat-lambat ikut arahan kalau saya mintak buat sesuatu misalnya minta dia pergi mandi.
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. sumber
Betullah... saya silap dan saya terlupa kerana tidak memahami kehendak dia.. Sebenarnya adam inginkan perhatian kami. Sebelum ni hanya dia je dilayan tapi bila dia perlu berkongsi kasih dengan adiknya, itu yang dia keluarkan macam-macam ragam kot sejak akhir-akhir ni.
Tips atasi masalah kuat marah pada anak :
1) Fahami bahasa anak dan bertanya lemah lembut kepadanya. Pandang muka dan tatap matanya.
2) Luangkan masa dengan anak.
3) Ajarkan anak dengan perkataan 'tunggu sebentar boleh' sekiranya anak perlukan sesuatu tapi anda sedang sibuk. Jangan buat tak tahu atau acuh tak acuh.
4) Cuba fahami personaliti anak.
5) Sentiasa ingatkan diri anda dengan sikap positif anak, keletah anak dan karenah anak yang memghiburkan. Tumpu pada kelebihan itu dan jangan ingati kekurangan anak.
6) Doakanlah yang baik-baik untuk anak.
Semoga saya mampu atasi sikap kuat marah saya yang dah mula ada ni.. adam anak yang baik cuma dia perlukan perhatian je.Bab belajar adam nampaknya cerdik tapi sikapdan perangai pun kenalah cerdik juga kan.