Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 10 October 2013

Pertama kali untuk Adam dan pertama kali juga bagi kami...



Salam sayang buat sahabat maya semua. Lamanya saya tak bersiaran disini disebabkan perlu uruskan hal-hal yang penting dulu. Rindu tak terkata pada blog kesayangan ni dan banyak juga cerita ceriti yang tak berhapdate... pelan-pelan kayuh buat entri la lepas ni.. hihi..

Saya mulakan dengan cerita Adam demam hingga terpaksa masuk ward.. itulah pertama kali dia demam hingga kena tahan ward dan kami sememangnya panik sebab itu jugalah pertama kali untuk kami. Adam pada mulanya selsema yang hampir seminggu tak reda dan lepas dari itulah dia mula demam. Awal demam tu memang dah bawa ke klinik.. makan ubat tapi demamnya tetap tak kebah dan suhu tetap 38c hingga hari keempat demam pun panas lagi. Kalau malam memang panas sangat badannya dan saya berjaga lapkan dia. Hari kedua demam tu sebenarnya dah dibawa emergency room pukul 3 pagi abah dia bawa gi hospital sebab dia menggeletar tapi terus balik lepas doktor bagi ubat bontot. Mulanya nampak dah reda sikit demamnya waktu siang tu tapi bila malam je panas..

Hari ahad 30/9 iaitu hari keempat... Saya mintak abahnya checkup Adam dan Abahnya terus bawa Adam ke hospital untuk checkup lebih details. Check suhu 38.9c jugak tak turun-turun, sama macam first day demam. Adam kena check darah dan kena masuk air. Sudahnya kena admit ward jugak. Abahnya terpaksalah ambil cuti kecemasan sebab nak jaga Adam kat hospital. Syukur sangat bila doktor cakap darah Adam ok dan paru-paru pun sikit je terkena jangkitan kuman tapi haruslah diberi antibiotik jugak dan kena tahan ward sampai suhu badan normal.

Setelah dimasukkn air tu.. barulah turun suhu badan Adam dan dia pun mula nampak cergas. Adam memang anak yang kuat..kena cucuk berkali pun dia relakan ajer walau menagis tapi dia takde mengamuk. Bila suruh dia minum air dan makan, dia cuba makan sebab saya dan abahnya kata kat dia, " kalau nak balik cepat kena kuat lawan sakit dan kena minum makan banyak". Tiga hari jugalah Adam di ward dan lebih kurang dua botol setengah jugak tau Adam kena masuk air. Hari ketiga tu sebenarnya kena stay lagi tapi Adam dah menunjukkan muka fedup..dia siap tanya doktor bila boleh keluar. Last-last dibenarkan jugak balik dan kena sambung antibiotik kat rumah on time lah.. Alhamdulillah seminggu dah berlalu dan dia dah ke sekolah pun..



 Aktiviti Adam semasa di ward..
 Cikgu kesayangan Adam datang melawat.. Cikgu Ma.. siap bawa makanan lagi dan masa ni malam tau. siang tu dah datang dah tapi malam cikgu dia datang hantar makanan..slowtalk dengan mak guard masuk jap..hihi..
Masa ni Adam touching sebab saya nak balik dah... hari kedua masa ni..mujur tak ngamuk nak ikut balik. good boy anak ibu.

Ya Allah... lindungilah anak-anakku serta insan-insan yang ku sayang. Berkatilah dan rahmatilah hidup mereka. Kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat mereka dan jadikanlah anak-anakku anak yang soleh solehah. Amin..

3 Komen Cerita Hati:

AdaM Hawa said...

abg adam good boy la.. masih rajin menulis walaupun di ward..

Puan Kutu said...

patut la lama tak update,adam warded rupanya.kesian adam..dh la kurus,nmpk sgt kurus lagilah berapa hari kena masuk wad..

mujur takde pape,lepas ni harap adam makin sihat..:)

Masya said...

Baru sempat maraton, adam masuk wad ruipanya... Masa awk menyepi sy pun bizi ... Takperasan. Kuat adam x menangis kene tinggal... Mlm asyu jage dia ke abahnya kat sepital

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute