Kepulangan yang ditunggu setelah seminggu berjauhan. Bila berjauhan sangatlah menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu yang perlu uruskan anak-anak sendirian tanpa teman sahabat yang paling rapat dalam hidup. Haru biru sekejap nak lalui fasa berjauhan tu.. Tak boleh dibayangkan kalau saya ni pjj dengan suami iaitu bff saya tu dan mula rasa fahami perasaan kawan-kawan saya yang terpaksa pjj dengan suami mereka. Berat rupanya perasaan itu..
Saya yang seminggu dan adakala dua minggu ni pun kelam kabut..
Alhamdulillah.. Encik hubby saya dah selamat pulang. Dia tapaukan macam-macam ole-ole dari Kuching... Beli keychain, fm dan sedikit ole-ole untuk maknya. Saya order kek lapis jer.. Encik hubby beli 4.. haa tu pun dah cukup dah.. buat apa banyak-banyak.. satu Rm10.
Perisa asam manis yang hijau kuning,coklat putih tu lapis choc chip, yang segi-segi cantik tengah tu original dan yang hitam tu kek hati pari.
Encik hubby kata boleh pening nak pilih kek lapis ni.. macam-macam warna dia kata..
yang ini pulak lada hitam sarawak.. Comel kan yang dalam bekas burung tu..Mulanya saya ingatkan hiasan, rupanya ada lada hitam dalam tu.. hihik.. 2 in 1 lah.. bila dah habis lada tu nanti, bekasnya boleh simpan dalam almari jadikan hiasan pulak.
Nota : Bilalah saya berpeluang ke sana jugak.. Teringin nak jenguk sabah dan sarawak tu.. (^_^)
7 Komen Cerita Hati:
kek lapis asam tu sedap.. masam manis.. ;)
kek lapis ni klu kena perisanya sgtlh sedap..satu sepuluh ringgit kira murah la..klu kita yg pegi maunya borong sepuluh.tamak haloba klu bab makan ni.haha..
Bila ke Sarawak roger2 ok. Nanti Fiza bawak jenjalan. Hikhik. Kalau kek kat tempat dyg salahah tu mmg pening nak pilih. Byk sgt pilihan dan warna.
sedap kek lapis sana.. tapi x nak yang ada rempah2.. hehehe.. cantik la burung tu..
teringin nak pg sarawak jugak, dulu suami belajar kat sana.... uniknya bekas lada hitam tu.. tu burung kenyalang ker??
akak pun teringin nak kesana..ada 2 org anak sedara kerja disana..
lya x bape suka sgt kek lapis ni.. hehe
a ah..unik otol dia.. lps hbs guna leh la buat phiasan
Post a Comment