Yeay!! Cu Mia belanja Adam. Terima kasih Cu Mia... Cu Mia tu adik pompuan saya dan satu-satunya adik pompuan tunggal saya. Saya dah jarang belikan Adam mainan yang bukan-bukan, jadinya terjumpalah page jual barang ala-ala toys education dan harga pun takde ler mahal sangat. Saya pun tunjuk kat Cu Mia, dia kata OK dan Cu Mia belanjalah Adam wooden geometry puzzle ni.
Harganya RM15 + postage RM6, so total jadilah RM21. Lagi pula memang dah lama saya duk cari benda ni tapi tak terjumpa pulak kat kedai.. hihi.. atau saya yang tak pernah perasan ke tak tahulah. saya ni jarang beli barang online...kiki.. agak rasa pelik sikitlah bila sampai tengok comel-comel cenonet jer rupanya, duk terbayang besor..hahaha.. (^_^)
Mainan ni boleh dikategorikan dalam permainan blok yang sangat sesuai sebagai alat bagi merangsang perkembangan kanak-kanak. Walaupun tidak secanggih permainan lain tapi ia banyak membantu anak-anak mengembangkan lagi daya imaginasi mereka dimana mereka bukan setakat belajar membina, malah kanak-kanak akan memahami konsep keseimbangan, konsep matematik, belajar mencipta sesuatu, belajar menyelesaikan masalah dan sebagainya. -sumber-
Mencuba belajar membina bentuk... segitiga hijau + segiempat kuning = rumah katanya.
Excitednya Adam dapat benda baru.. Kalau sesiapa berminat nak beli puzzle ni bolehlah ke page Kids Obses kat fesbuk tu. Macam-macam mainan menarik lagi ada dijual online kat situ.
5 Komen Cerita Hati:
seronoklah adam dpt hadiah dari cu mia.educational toy plak kan,adam kan suka belajar,praktikal sgt la
best jugak main puzzle ni.. adam mesti kreatif buat mcm2 kan..
sonok dia main game baru yer..
eksited dapat mainan baru...hhehehhe...dhia sehat??hehheheh...
sonok adam.. acik tgk pun cam nak beli.. ;)
Post a Comment