Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 2 July 2013

Bila dia lewat ke sekolah..........


Kebiasaannya Adam akan gerak ke tadika dalam kul 8.30 pagi gitu dan sempatlah sampai tadika sebelum kul 9 pagi. Itu bila saya dan abahnya hantarlah.. Sejak dah ade adik ni memang saya tak hantar dia sampai depan pintu tadika lah dan hanya hantar dia kat bawah blok je, kemudian tengok dia lintas jalan ke tadikanya. Bukan jauh pun sebenarnya, dalam kuartes ni jugak dan seberang blok rumah saya je pun. Itu yang berani biarkan dia belajar pergi balik sendiri ke tadika memandangkan abahnya kerja shift kenalah selang sehari yang kadangnya pergi berhantar dan balik berambik dia tu.

Dan pagi kelmarin.....
Saya hantar dia turun bawah blok dan tunggu dia lintas jalan lepas tu saya naiklah rumah semula.. Baru je nak sambung buat kerja, dengar suara budak teresak-esak nangis dari bawah blok dan naik tangga. Hati tertanya-tanyalah, Adam ke? saya terus buka pintu dan tengok Adam nangis-nangis dan sampai je depan pintu rumah dia bagitahu," Cikgu kunci pintu, adam tak leh nak masuk... " Sambil nangis sedih.. Mahu tak kan, dah kul 9 lebih baru nak gerak gi tadika. memanglah cikgu kunci pintu depan tu. Haha.. Pengajarannya, lepas ni kena gi awallah saya cakap kat dia dan hari ni dia gerak awal sikit. Hihik. (^_^)

Sudahnya... kenalah sekolah ngan ibu kat rumah. Saya kuarkan semua buku dia kononnya dia akan buatlah semua kan. Satu buku je dia buat dan belek.. lepas pada tu, bersekolahlah dia dengan games ps2 pulak.. Lama dah dia tak main, tiba-tiba semalam minta main games, itu yang bagi jelah.
 Lukis otomen tu..
 Kena paksa dan terpaksa.. haha.. 
Sarapan pagi semalam donut + milo panas. Inilah penyebab Adam lambat, tunggu ibu buat donut dan goreng donut, lepas tu makan dua biji donut, baru gerak gi tadika dia..

3 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

adoiii!!!!rindu ibu adam masak lah tuh!!!sweettt...heheheh...

Puan Kutu said...

kiralambat jugaklah adam masuk sekolah.pukul 9 ye?kesian adam cikgu kunci adam tak boleh masuk ye..

aiman masuk pukul 730.pagi makan2 dulu.cikgu stat mengajar pukul 8..tp tak penahnya p awal..selalunya sikit lg nak pukul 8 baru smp sekolah.klu dia cepat abahnya lmbt.hehe

Masya said...

la... lambatnya adam masuk tadika, pttlah cikgu kunci .. cian ada adamm ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute