skip to main |
skip to sidebar
Saya terlupa..... dan satu kealpaan bagi saya. Sepanjang tempoh berpantang saya terlupa nak bersih dan lapkan lidah Dhia. Dah habis pantang baru terperasan ada tompok putih atas lidah dia. Nak kata tebal tak jugak dan tak kata banyak pun tak jugak tapi buat saya risaulah juga kan bila dah tengok ada tu. Tanya mak, mak kata itu saki baki susu dan normallah baby ada putih-putih kat lidah dia. Mak suruh saya bagi air masak tapi saya tak bagi pun lagi. Saya dah cuba lapkan dengan kain napkin yang dibasahkan dengan air suam tapi tak berapa hilang pulak, mungkin sebab dah lama sangat kot ada kat lidah dia tu.. Lagipun baru dua hari saya buat camtu. Saya bukan apa, bila google tu rata-rata bagi info boleh sebabkan bakteria atau radang dan demam pada bayi.
Tengokkan Dhia.. takde lak dia meragam atau tak mau nyusu.. Elok aje dia nyusu dan nyenyak je tidurnya. Cuma ibunya je yang risau terlebih.. yelah kalau dibiarkan risau juga kan takut jadi apa-apa lak tapi kalau itu normal dan takde kesan apa-apa, ok lah. Nextweek checkup dhia, so bolehlah terus mintakkan nurse tengokkan lidah dia tu.
Ada beberapa cara yang saya dapat dari pokcik google untuk bersihkan lidah bayi ;
1) lap lidah bayi dengan kain napkin basah ~ dah buat dah dan kesannya tu kena makan masa sikit kot.
2) berikan bayi air masak selepas menyusu ~ ini belum cuba buat lagi. Elokkah yer? Lagipun dhia baru nak masuk dua bulan.. emm kalau bagi just dalam dua sudu ok la kot kan. Ada yang kata air masak tu tujuannya nak bersihkan mulut bayi. Tapi dhia ni kalau dah nyusu memang sampai tertidur dia.
3) Lapkan lidah dengan air kencing bayi tu sendiri.. petua orang dulu. ~ opps.. tak cuba pun dan rasa macam risau lak nak cuba.. Hihik..
4) Bersihkan puting botol dengan teliti jika guna fm dan pastikan payudara bersih jika breastfeeding dan tangan dibasuh terlebih dulu sebelum menyusukan bayi.
4) Pakai ubat titis khas yang diberi doktor ~ macam nak kena minta jugak ngan doktor nih..
Penting rupanya cuci lidah baby ni. Kalau tak cuci nanti susu yang melekat tu jadi makin tebal dan boleh menyebabkan punca sakit mulut dan baby sukar nak menyusu. Itu yang saya risau tu sebenarnya. Harap-harap hilanglah putih di lidah dhia kalau saya lap hari-hari. InshaaAllah.. Masa adam dulu rasanya saya tak rajin cuci gak tapi elok je dia.. cuma saya bagi dia air masak gak la sikit-sikit. Emm apasal anak kedua ni careless sangat erk sampai leh terlupa benda penting camgini. Maklumlah dah bertahun tak beranak kecik... Hihik..
1 Komen Cerita Hati:
baca ni buat sy risau plak.kena bersihkan gak lidah afia nmpknya..aiman dulu mmg kuat minum air masak,jadi tak pernah ada masalah macam ni
Post a Comment