Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 16 June 2013

Scrap Book : Animal


Bermula kembali aktiviti homeschooling Adam.. Walau takde masa sangat tapi cuba juga mencari masa terluang mana yang sempat. Sekarang ni kena ikut time Dhia.. Kalau Dhia tidurnya lena barulah boleh beraktiviti dengan Adam. Tapi kalau time Dhia tak mau lena tidur, memang abang Adam tidak terlayanlah. Haha.. Kesian betul kat Adam, sekarang dia macam sedikit memberontak. Hari-hari kena marah. Adam kuat merajuk dan nak orang ikut je kehendak dia. Bila buat tak tahu jer mulalah dia tunjuk perangai merajuk dia dan ragam dia. Yelah, kalau sebelum ni boleh buat bising dan boleh terlompat-lompat sana sini sesuka hati kan, sekarang dah kena control macam-macam.. Itu yang dia memberontak sikit tu dan dia masih belum mampu faham yang dia tu sebenarnya dah jadi abang dan ada adik. 

Oleh kerana nak memenuhi kehendak si Adam yang rindukan aktiviti belajar dengan cikgu dia ni, maka saya ajaklah dia buat buku scrap tentang haiwan beberapa hari lepas.
 Bahan-bahan ni saya download dan print dari homeschoolshare.com dan filefolderfun.com. 
 Mengenal dan mengkategorikan haiwan-haiwan yang boleh dilihat di Zoo.
 Mengenal haiwan-haiwan di laut dan juga mengenal serta padankan jumlah gambar haiwan dengan nombor.
Yang ni kategori haiwan-haiwan yang ada di ladang.
Dah siap buku scrap animal Adam.

Seronok sangat Adam bila saya layan dia buat aktiviti belajar. Katanya, ibu dah sihat ke? Saya kata kat dia, sekarang dah tak bolehlah hari-hari nak buat aktiviti, kena tengok masa saya jugalah. (^_^)

3 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

ada adik pun tak boleh abaikan abang,nti abg memberontak lebih2 pulak...hehe mesti adam seronok,pas ibu abes pantang nti boleh pegi zoo

Masya said...

good job....

IntaNBerliaN said...

ayu, blh bg no hp n link fb ayu x?... nk tnya pasal homeschooling ni

tq...

btw, ni fb saya https://www.facebook.com/zarina.tazari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute