skip to main |
skip to sidebar
Bila dah ada baby kecik ni, waktu tidur pun jadi tak tentu dan buat kerja pun berlumba-lumbalah kejar masa.. Ditambah pulak nak online ke apa kan..Hihik..
Siang hari, Dhia tidur-tidur ayam jer.. Mungkin faktor cuaca kot dan kena kacau ngan abang adam. Abang adam suka suruh adik dia bangun.. Dia ingat adik dia dah boleh main agaknya.. Dhia memang saya tak bedung waktu siang dan waktu malam pun dapat bedung kaki sekejap pun dah cukup.. Itu pun bukan lama pun, baby sekarang memang tak berapa suka dibedung kan..
Kadang-kadang Dhia meragam jugak.. mintak berdodoi sayang di ribaan ler pulak. Berkerjasamalah kami suami isteri dodoikan Dhia. Hampir dua jam berjaga baru dia tidur. Mujurlah Dhia meragam setakat ni bukan menangis kuat ke apa dan waktu dia berjaga tu awal jugaklah...Dhia cuma nak bermanja sayang gitu.. Dah riba tu oklah..Ini penangan mak Bonda saya merangkap Grandma Dhia lah suka peluk-peluk dodoi Dhia di riba..Hihik.. (^_^)
Dhia yang manja... Saya tak nak ajar dhia buai.. lebih senang tidur bawah jer.
5 Komen Cerita Hati:
alahai.. sedapnya dia lena cam tu.. baby moden.. x moo bedung..
anak2 Amy pun tak tidur buai... senang nak gi mana2, kalau tak nak kena hangkut buai pulak.
untung jugak dpt bedung kaki sekejap,afia mengangkang je kakinya,lgsung tak bedung.hehe..
buai mmg tak bagus sebenarnya..tp klu buai baby tido lena lama sikit,nak buat kerja pun sng..tp tu bukan jalan penyelesaian la.ada pro n kontra.
kesian ko...mesti ko terkejar-kejar antara on9 dalam menguruskan dhia...heheheh...tidur-tidur ayam??hmmm...x tau camne ko lalui mende neh...hehehh...
budak² x lena kalau tdo x berbedung, dhia ni kecik lg.. mmg kene rajin bedung bg dia lena tdo.. kalau x dia mcm terkejut² nak tdo...
Post a Comment