Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 16 June 2013

~Dhia sudah mula menguji Ibunya~


Dhia dah semakin pandai...

pandai senyum ~ bila diagah dan buat-buat sembang ngan dhia... dhia senyum.. Comel, sejuk hati ibu. part ni okay lah kan..Hihik.. (^_^)

dah pandai jadi penggeli ~ bila lambat basuh berak dan tukar pampers dia yang dah penuh tu, Dhia akan merengek kononnya minta tukarkan. Memang tak tidurlah dia selagi tak bertukar pampersnya tu. Kadang tu kan, tengah tidur tu dengan mata pejam tu pun dia  duk bunyik ekkheh ekheehh sambil angkat-angkat kaki dia konon nak bagitahu tak selesa pampers dah penuh. Kalau tukar cepat, tak jagalah dia tapi kalau lambat je tukar.. dia bukak ler mata.. Hahha..

pandai nak minta didukung dan diriba ~ bila Dhia dah kekenyangan, haruslah kena berdodoi sayang di riba. Ini selalu terjadi di siang hari. adoii penat jugak nak layan riba jer.. dah sedap bagi dia lena tidur kat atas riba, barulah boleh letak bawah. Tapi siang hari memang jarang sangat dia tidur lena. Camne nak buat kerja rumah? memang berlari-lari lah saya. Mujurlah malamnya Dhia kurang berjaga dan lepas magrib tidur eloklah dia (alhamdulillah, setakat ni belum berjaga sangatlah malamnya). Maybe sebab siang hari dia kurang tidur kot kan. 

pantang dengar suara abahnya ~ kalau dengar je suara abah dia, mesti dia buka mata dan lepas tu...bangunlah dia.

dah semakin peka dengan bunyi bising ~ sekarang ni kalau buka tv kuat-kuat memang susahlah dia mahu tidur dan ada perasaan lak tu dia macam nak tengok tv..  telinga dan matanya pandai mencari mana datang arah bunyi tu. kalau abang Adam yang buat bising lagilah susah dia nak lena elok.. Sudahnya abang adam lak terpaksa diminta tidur sama. Hehehe..
Si comel manja saya.. Dhia Amani Husna cayang.. (^_^)
Saya hanyalah insan biasa yang sentiasa mengharapkan dapat lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Hanya doa dapatku panjatkan kepada-NYA agar anak-anakku kelak menjadi insan yang berguna, soleh dan solehah... Semoga dipermudahkan segalanya. Moga diri ini diberi kesabaran yang tinggi dalam membesar dan mendidik anak-anak. InshaaAllah.

4 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

bila baca tentang dhia ni macam comel je,baik je budaknya..Afia sebelum2 ni ok je..sejak dh besar sikit ni kuat berjaga malam..turun perangai abah kot.hehe..

ibu dhia mantain slim je..:)

Chic Na said...

comelnya dia pinky2.. huhu.. ayu mesti boleh punya. InshaAllah k.. ;)

Anonymous said...

alala comelnyer Dhia !

Masya said...

baru nampak muka ayu, tp sipi² jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute