Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 8 June 2013

Abang Adam Tension + Terasa Hati


"Ibu tak sayang Adam ke?", tanya Adam kepada saya. Kenapa dia bertanya begitu? Sebabnya tanpa saya sedari saya buat dia terasa hati kerana kurang perhatian terhadap dia berbeza sebelum kehadiran adiknya. Saya dah mula marah-marahkan dia yang suka buat bising time adik dia nak tidur. Saya dah mula cepat naik tangan kat dia.. Alahai kesian anak ibu. Maafkan ibu sayang.. Ibu tak sedar yang tindakan ibu itu sebenarnya akan lebih buat Adam jauh hati dengan ibu dan buatkan Adam semakin nakkan perhatian dari Ibu dan sebab itu jugaklah Adam selalu je buat ragam yang entah apa-apa je kadang tu ibu tengok. Mungkin Adam nakkan perhatian ibu.. 

"Ibu, nanti ibu dah sihat.. baru kita buat aktiviti kan ibu?", tanya Adam lagi. Kesian Adam.... kadang tu dia datang dekat saya dan bawa buku-buku dia. Kadang tu dia suruh saya bacakan cerita kat dia tapi saya tak berapa layan. Terasa dia dengan saya... Dia merajuk pun saya buat tak tahu jer.. Sudahnya tempat dia bermanja sekarang dah lebih kepada abahnya. Katanya, ibu asyik dengan adik jer.. Tapi bagusnya Adam ni, dia takdelah pi khianat adik dia sebaliknya dia sayang adik dia. Mungkin saya dah explain kat dia kenapa saya selalu care adik dia lebih sikit. Saya kata adik kecik lagi dan perlukan lebih perhatian dari ibu. Mungkin dia faham kot dan Adam sebenarnya tak sabar nak tunggu adik dia besar, nak main sama-sama katanya dan sekarang pun duk sibuk mintak nak dukung adik dia.. 

Tapi itulah.. kadang-kadang saya tiba-tiba termarah kat Adam yang suka buat bising time adik dia nak tidur dan memang siang hari adik dia tak berapa lena pun tidur. Boleh pulak tu dia kata, "adik bangun... dah siang adik, mana orang tidur. Ibu, adik ni asyik tidur jer". hahaa.. Itulah Adam yang baru nak biasakan diri menjadi abang.. (^_^)

6 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

kesiannya adam. jeles mgan adik ye. msti adam rindu nk berxtvt mcm selalu.

Puan Kutu said...

mmg jadi situasi biasa kot.aiman pun macam tu mula2 dulu.skang Alhamdulillah dh ok..mula2 je sementara adam nak biasakan diri..selama ni dia sorg,skang dh ada adik,kita plak kurang bg perhatian..budak mmg akan membereontak sikit..aiman pun sama.aiman lg la abah dia dok usik2,hilang tmpt bermanja terus.hihi...nti lama2 msti ok..

Unknown said...

adam nak perhatian tu...kesian dia

Unknown said...

salam ayu...

mula2 mmg mcm tu rasanya,adam akak dulu pun mcm tu jugak dulu,tp bila adik dah besar sikit,dia dah suka,pastu pantang x nampak adik dia mula tanya..adik mana?

AdaM Hawa said...

perubahan bagi dirinya.. terasa ada kurangnya perhatian ibu padanya.. walaupun kadang kita ni kata.. sama je bg kasih syg.. tapi anak dapat merasainya.. sabar ya adam.. nnt adik dhia dah besar.. adam main sama² ya.. ibu jgn sedey.. adam ok.. adam kan good boy!

Masya said...

alahai .. cian adam, x boleh byglah kalau amir ada adik.. skrg kan dia sibuk ckp.. dia bosan.. bila adik nak keluar ni terharu sy tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute