skip to main |
skip to sidebar
Budak lain......... Jam 8 pagi dah masuk kelas tapi Adam........... Jam 8.40 pagi atau paling lewat 9 pagi barulah nak masuk kelas. Sangatlah tak berdisplin kan? Memandangkan dia yang baru 4 tahun, cikgu dia pun takdelah bising pun dan tak pernah pulak complain kat saya ke apa ke bab saya hantar Adam lambat. Cikgunya memahami kot.... Yelah 4 tahun baru kan, tujuan hantar tadika tu pun sebab nak bagi dia biasa dengan persekitaran persekolahan dan bergaul dengan kawan-kawan. Apa yang seronoknya bila kat tadika tu ada sesi belajar mengaji Iqra' setiap pagi. Adam ni masuk je kelas teruslah mengaji.... taklah dia menunggu lama sangat. Haha.. Ngelat betul.. (^_^)
Sebab apa dia selalu lambat? Sebabnya Adam suka tidur lewat. Haisshh... penat tau nak suruh dia tidur awal walau saya dah tidur tapi dia tak tidur lagi. Kadang tu dia nak tengok tv astro ceria tu dulu ler sebelum tidur.. Kalau kami dah masuk bilik dan tutup semua lampu pun, dalam bilik disuruhnya saya on lampu. Lepas tu, dia bawa buku.. Menulis pulak atas katil sebelum tidur. Kadang tu nak kena baca buku dululah.. Itulah Adam... sangatlah tidak elok amalkan tidur lambat ni.. Nanti dah sekolah rendah, liat pulak nak bangun awal pagi. Kalau dia dah tidur siangnya lama, memang malamnya akan lewatlah masuk tidur melainkan kalau siang dia tak tidur, jam 10 malam tu dia dah tidur lah... Nak kena ajar dia berdisplin sikitlah bab tidur awal dan bangun awal di hari sekolah ni. Saya tak mahulah macam memaksa dia sangat.. Kena perlahan-lahan kot ajar dia kan.
Terlebih rajiin ler pulak.. Bawa buku dan menulis atas katil dia.. Ekceli, Adam masih tidur sebelah katil kami dan belum lagi diajar tidur bilik berasingan. Emmm.. Bab tidur berasingan pun nak kena ajar jugak nanti. Dah nak jadi abang Adam kenalah tidur bilik sendiri. Bukan tak pernah ajar tau, pernah juga sekali tu letak dia tidur dalam bilik dia tapi dia boleh bangun tengah malam tidur sebelah saya.. Hihik.. Anak manja saya ni kan.. (^_^)
4 Komen Cerita Hati:
sama la dgn asya, pon blum tdur berasingan blik.. nak ajr tu la..ssh.. bukannya dia nak..sbb takut.. hehe..
asya pon tdo lewat jugak..sampai ngam2 je dgn time dia..
kene letak sesuatu yang menarik supaya dye boleh tidur kat bilik sendiri kot!!!heheheh....ataupon maknye kene temankan selalu sblm tido...heheheh...
kena train lah. lama2 dia biasalah nanti !
rajin betul adam. nak tido pun sempat lagi buat homework.
Post a Comment