Nak dijadikan citer.... Lucu pulak bila nak meronda ke lain tapi ke lain pulak rondanya.. Kami ke Rantau Panjang lagi kononnya nak shopping baju raya lah kat sana tapi sebaliknya yang berlaku. Ini sebab terjumpa kawan abah adam dan mereka ajak kot-kot nak join diorang ke seberang sana iaitu Pekan Golok. Muahahaa... Sudahlah saya ni ada dengar citer seorang kakak kuartes ni yang pernah ke sana, rasa mahu join jugaklah tengok camne suasananya. Itu yang terjadinya jalan-jalan spontan kami tu. Hihik... :) Kena naik perahu gi seberang.. First time ke sana. Sebelah sana tu lah Golok.
Kesian Adam tahan panas.. :)
Baru boleh rasa experience part naik motor bonceng sampai tiga hingga empat orang sekali naik satu motor. Taxi motor lah kot ni kan.. Memang rasa lain sikitlah sebab tak pakai helmet dan boleh dikatakan atas jalannya kan motor lagi banyak dari kereta.
Tak tahu kat mana.. main jalan je..Hahhaha.
Nak balik sudah... Sebelah sana tu Rantau Panjang lah.
Pergi sekejap je pun. Lebih kurang 2 jam jer.. Yang bestnye hanya beli kasut saya je sepasang. 129 Bath=Rm12.90. Tapi bayar je pakai duit RM13 bagi kat tuan kedai tu. Hihik.. Ramai jugak orang pergi sini, itu yang ikut jelah.... Huhu.. Nak pergi lagi? Opss... tengok keadaan ler. :)
3 Komen Cerita Hati:
pekan golok tu dkt la jgk ngn umh adda kt kg..adda dok kawasan jeli tuh..
huhu.. comel lah gambar naik motor tu. best ke sana ayu? tak bahaya eh?
wahh siap naik sampan ... gambar² pun banyak .. macam best jer.. mesti seronokkan.. xpe.. tak membeli.. yg penting dapat jalan²...
Post a Comment