Hari ni sesi membuat tart telur pulak.. nak buat cheese tart tapi cream cheese tak beli. Try lah buat tart telur aje.. Bolehlah dibuat makan lepas berbuka nanti kan. Inilah dua jenis acuan yang berbeza.. Yang tin tu jugak cantik bila dah try.... :)
Sebelum bakar semula fillingnya..
Selepas dah kuar dari oven.. Yummy.....
Resepi : Tart Telur
Kulit tart :170 gm marjerin50 gm gula icing1 biji telur gred C290 gm tepung gandum1 sudu kecil esen vanilla
1) Pukul marjerin dan gula icing sebati dengan menggunakan senduk kayu.2) Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sebati.3) Masuk tepung sikit-sikit dan uli menjadi doh yang lembut.4) Ambil sedikit dan tekan-tekan dalam acuan tart. Cucuk dasar dengan garfu dan bakar 170c lebih kurang 10 minit.
Filling :1 cawan susu cair4 biji telur1 cawan gula castor1 cawan air suam1 sudu besar tepung kastard1 sudu kecil esen vanilla sedikit pewarna kuning
*** campurkan semua dalam satu bekas dan dikacau sebati.*** Masuk filling dalam kulit tart tadi dan bakar semula hingga masak. (Tengok dah gelembung sikit fillingnya tu masaklah tu)
p/s : Ku buat setengah sahaja filling nya dan ngam2 dengan hasil kulit tart tu.. :)
11 Komen Cerita Hati:
cantik. masa bakar memang tak letak dalam acuan ya. warna telur tu menggoda la. :)
akak tak penah cuba lg buat tart nih,resepi dah berkurun ada..ntah bila la nk cuba agaknya
Cantik aje kulitnya tu. Semua tart Amy suka tp tart telor ni tak tau kenapa... tak berapa minat pulak.
Assallamualaikum Ayue..
Rajin buat tart telur dalam bulan puasa.. Anak kak Naz suka tart telur ni. Ummi dia jer yg malas nak buat exp sangkarnya tu..hehheee..
tart telur macam ni pernah buat kat kg .. tp semua adik2 mcm tak suke jer.. makan sikit huhuhu.... pernah terbaca pakai kulit tpg tu ganti roti canai potong kecik masukkan dalam bekas tu lg sedap jadi macam puff ... cubelah .. sy x pernah cube .. tp mcm sedapp jer...
Tergoda tengok tart telur tue...bilalah sis nak buat nie hihihi
kene wat ni ayue..
fav ni.. sedap!! :-)
mmg menjadi febret lya.
tp mmg x pnh membuatnyer..
dah ada resepi ni..eksited gak nk cuba buat.. tp kna buat time cuti la
tart telor tengok sukelah...cantek ko buat....tapi,akuh x brape suke...heheheh...sorry...tart lain akuh minat ler...hehheh...
rajinnyeeeeeeee. tat telur ni bkn senang nak buat kot? ;)
Post a Comment