Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 23 July 2012

Tart Telur in the House


Hari ni sesi membuat tart telur pulak.. nak buat cheese tart tapi cream cheese tak beli. Try lah buat tart telur aje..  Bolehlah dibuat makan lepas berbuka nanti kan.
 Inilah dua jenis acuan yang berbeza.. Yang tin tu jugak cantik bila dah try.... :)
 Sebelum bakar semula fillingnya..
 Selepas dah kuar dari oven.. Yummy.....
Resepi : Tart Telur

Kulit tart :
170 gm marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

1) Pukul marjerin dan gula icing sebati dengan menggunakan senduk kayu.
2) Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sebati.
3) Masuk tepung sikit-sikit dan uli menjadi doh yang lembut.
4) Ambil sedikit dan tekan-tekan dalam acuan tart. Cucuk dasar dengan garfu dan bakar 170c lebih kurang 10 minit.

Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan air suam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla 
sedikit pewarna kuning

*** campurkan semua dalam satu bekas dan dikacau sebati.
*** Masuk filling dalam kulit tart tadi dan bakar semula hingga masak. (Tengok dah gelembung sikit fillingnya tu masaklah tu)

p/s : Ku buat setengah sahaja filling nya dan ngam2 dengan hasil kulit tart tu.. :)

11 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

cantik. masa bakar memang tak letak dalam acuan ya. warna telur tu menggoda la. :)

mama aryan said...

akak tak penah cuba lg buat tart nih,resepi dah berkurun ada..ntah bila la nk cuba agaknya

Amy Hilmirda Daud said...

Cantik aje kulitnya tu. Semua tart Amy suka tp tart telor ni tak tau kenapa... tak berapa minat pulak.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ayue..

Rajin buat tart telur dalam bulan puasa.. Anak kak Naz suka tart telur ni. Ummi dia jer yg malas nak buat exp sangkarnya tu..hehheee..

Masya said...

tart telur macam ni pernah buat kat kg .. tp semua adik2 mcm tak suke jer.. makan sikit huhuhu.... pernah terbaca pakai kulit tpg tu ganti roti canai potong kecik masukkan dalam bekas tu lg sedap jadi macam puff ... cubelah .. sy x pernah cube .. tp mcm sedapp jer...

Cikrosecute said...

Tergoda tengok tart telur tue...bilalah sis nak buat nie hihihi

rieda_ffya said...

kene wat ni ayue..

IntaNBerliaN said...

fav ni.. sedap!! :-)

LYAfrina said...

mmg menjadi febret lya.
tp mmg x pnh membuatnyer..
dah ada resepi ni..eksited gak nk cuba buat.. tp kna buat time cuti la

P#eoniX said...

tart telor tengok sukelah...cantek ko buat....tapi,akuh x brape suke...heheheh...sorry...tart lain akuh minat ler...hehheh...

9n0L4 said...

rajinnyeeeeeeee. tat telur ni bkn senang nak buat kot? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute