Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 8 July 2012

Kuantan-Part II


Siaran bersambung lagi......... Seusai je lepak kat dataran tu, kami terjah pula Teluk Chempedak di waktu malam. Belum pernah kot aku pergi TC waktu malam.. Memang selalu jalan kat sini siang-siang hari je. Siapa tak kenal Teluk Chempedak kan, semua orang tahu dan mungkin ramai yang sudah ke sini. Waktu malam kat Tc ni tak kurang hebatnya. Ramai je orang lepak kat sini walaupun waktu kami ke sini hari bekerja. Masa kami pergi ni ada roadwalk uptown. Jadi bertambah meriah lah kan. Lewat 12.30 pagi baru kami gerak balik ke hotel. Sakan kami melepak hari tu.... :)
 -Kat Teluk Chempedak-
 Penuh bergaya Adam. Terdiam dia tengok motor yang comel ni. 
 Ada Ballooon City pulak kat sini. Bayaran masuk RM5 seorang dan hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan masuk.
 Memang Adam seronok sangat dapat main ballon city ni. Sampai kepenatan dia, naik kereta je terus lena.. Mahu tak penat, lebih kurang 1 jam setengah jugaklah kot dia main kat sini.
 Posing lagi dengan motor.. Nak bawak sendiri masih kecik lagi. Yang ini pun boleh naik jugak kalau anak-anak dah besar lah kan.
 Sampai je hotel. Adam buat muka pelik dan tanya macam-macam. Hehe.. Adam boleh tanya, "Kita kat mana ni Ibu, kat rumah sape ni?" 
Bangun je pagi, adam terus mintak nak mandi kolam kat dalam bilik air tu katanya... Hehe.. :)

2 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

TC pun dah cantik sekarang. seronok adam mandi air kolam ye. hehe..

Masya said...

amboii sakan berjalan yer... mesti adam seronokkan.. nasib baik tgk jer.. motor tu.. x mintak soh belikan..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute