Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 21 June 2012

Kertas tak cukup besar....


Adam suka sangat melukis sejak akhir-akhir ni. Habis semua rak buku digeledahnya sebab nak cari kertas A4. Yang stok sebungkus dah habis dah di contengnya. Nampak gayanya kena belikan kertas lukisan satu buku terus kat dia. 

Tapi ini kisahnya dia suruh aku lukiskan ikut bentuk badan dia atas kertas.... Hahaha.... Manalah muat sayang oi.... dah lah kertas tu saiz A4, dapat muat kepala jelah. Dia nak jugak suruh aku buatkan....
Dia baring kan kepala atas kertas A4 tu kemudian bagi aku pen dan mintakkan aku ikut bentuk kepala dia.. Mana dia tengok pun aku tak tahu lah orang buat macam tu.... Buatlah jugak aku ni apa yang dia suruh kan.. Karang merajuk pulak dak Adam ni walau kertas tu tak cukup besar. Lepas dah siap ikut bentuk kepala dia tu, dia pun ambil pen dari tangan aku kemudian dia lukis mata, hidung, mulut dan touch-up lukisan dia tu.. Comel giler pulak aku tengok..hahahha..
Tetap nak letak gambar jugak.. Kenangan untuk aku dan dia jugak kan. Bulu mata tu panjangnya benor lah nye.. :)

Lainkali aku kena belikan kertas manjung yang besor tu dan boleh lah main lukis-lukis dia atas tu kan.. Hehhee.. :)

8 Komen Cerita Hati:

Ibu Qisha said...

pandainya dia lukis...umur berapa ye? cantik! :D

Masya said...

hihihihihi.... oklah ni adelah jugak rupanya..

Chic Na said...

kreatif la adam ni. pandai lak dia fikir nak wat camtu kan. ayu kena belikan kertas mahjong la nampaknya. :)

IntaNBerliaN said...

hihiii... a'aa kalu ketas majong tu lg besar.. hihii

comel je

CtAyue said...

@Ibu Qisha kak, adam 3 tahun.

CtAyue said...

@Masya tu lah cukuplah tapi mata tu lentik sgt hehe

CtAyue said...

@Chic Na mungkin pengaruh Tv sbb tgk yg TVIQ tu ada satu rancangan yg ajar budak lukis2..kertas mahjong tu lg besar kan..hehe..nt lah buat aktiviti lukis2 dgn adam pulak. :)

CtAyue said...

@IntaNBerliaN ina, pakai kertas mahjong ngan2 ibu dia ni pun dia boleh lukiskan nt kot..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute